Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga barangan lusuh diingat elak beli barangan curi

-

MIRI: Peniaga barangan lusuh (terpakai) dan kitar semula disaran tidak berurusan dengan mana-mana individu menjual barangan disyaki barangan curi di premis mereka.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata ia penting bagi memastikan barangan curi tidak dijual secara berleluasa.

“Jika mereka tidak berurusan dengan pencuri atau tidak membeli barang curi bermakna mencegah kegiatan jenayah kerana tiada permintaan,” katanya.

Lee berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Persatuan Peniaga Sekendhend dan Kitar Semula Miri di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Lee menambah, agensi kerajaan menguruska­n kemudahan awam telah mengalami kerugian setiap tahun disebabkan kes kecurian kabel elektrik, besi penutup parit dan sebagainya.

“Kita mahu ahli persatuan atau pemain industri memainkan peranan bersama untuk memerangi jenayah dengan menghentik­an segera aktiviti membeli barangan curi,” tegasnya.

Lee berkata kegiatan jenayah seperti curi kabel, melarikan besi penutup parit dan sebagainya akan menjejaska­n perkhidmat­an serta membahayak­an keselamata­n orang awam.

“Peniaga barangan lusuh berkaitan logam dan besi perlu peka dengan individu yang menjual barangan di premis mereka dan tidak membeli barang terbabit jika dipercayai dicuri,” jelasnya.

Peniaga juga boleh rekodkan identiti setiap individu yang datang ke premis mereka untuk menjual barangan lusuh bagi memudahkan pihak polis mengesan mereka jika dikesan menjual barangan curi.

Dalam pada itu, terdapat lebih 40 premis membeli barangan lusuh di seluruh bahagian Miri dan kesemuanya berlesen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia