Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu tuan rumah Hari Malaysia Peringkat Negeri

-

SIBU: Sibu dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri yang diadakan pada 16 September depan di Dataran Sibu.

Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata atur cara program dijadualka­n bermula sekitar jam 7 malam.

Katanya, pelbagai program menarik diadakan termasuk persembaha­n berunsur patriotik dan hiburan.

“Program tersebut akan dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib serta Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Turut hadir Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Pengarah Unit Protokol dan Perhubunga­n Awam Negeri (UPPAN) Datuk Khir Busrah dan Ketua Polis Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah.

Menurut Wong, acara pro- gram dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan dan kemudianny­a diikuti persembaha­n konsert yang menampilka­n artis tempatan.

Seramai 100 pelajar yang mengambil bahagian dalam upacara menyambut ketibaan tetamu jemputan akan mengadakan persembaha­n Gendang 1Malaysia, hadrah dan juga tarian singa.

“Atur cara program kemudian bersambung dengan penyerahan Jalur Gemilang oleh Ketua Konvoi Jalur Gemilang yang juga Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Abang Sardon Abang Hashim kepada pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Jalur Gemilang terbabit kemudianny­a dikibarkan dengan iringan lagu Negaraku,” ujarnya sambil menambah, tema sambutan perayaan Hari Malaysia tahun ini ialah Negaraku Sehati Sejiwa.

Wong meminta orang ramai hadir ke program berkenaan bagi memeriahka­n lagi suasana penganjura­n selain turut mengibarka­n Jalur Gemilang.

 ??  ?? PENERANGAN: Wong (tengah) semasa mengadakan sidang media semalam.
PENERANGAN: Wong (tengah) semasa mengadakan sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia