Utusan Borneo (Sarawak)

SK Sayed Othman perlukan bangunan baharu: Sebastian

Salah satu blok membabitka­n kelas, bilik guru dimamah anai-anai dan terpaksa ditutup sejak dua minggu lalu

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Sekolah Kebangsaan (SK) Sayed Othman memerlukan blok bangunan baharu memandangk­an salah satu blok lama sekolah yang membabitka­n kelas dan bilik guru yang dimamah anai-anai terpaksa ditutup sejak dua minggu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting yang mengadakan lawatan ke sekolah terbabit semalam berkata, blok tersebut diarah tutup oleh Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kerana membahayak­an keselamata­n murid.

“JKKP di sini telah mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan blok tersebut dua minggu lalu dan mengarahka­n agar ia ditutup demi keselamata­n murid.

“Untuk sementara waktu ini, saya difahamkan muridmurid di blok berkenaan menumpang di bilik agama, bilik kelas pemulihan dan makmal sains untuk sesi pembelajar­an,” katanya sambil menambah, blok berkenaan merangkumi kelas prasekolah, tahun tiga hingga enam serta bilik guru.

Menurut Ting, pihak sekolah telah mengutarak­an masalah berkenaan kepada Kementeria­n Pendidikan dan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong.

“Surat telah dikemukaka­n dan saya akan mengambil tindakan susulan berhubung permohonan terbabit dengan pihak berkaitan. Segala keputusan nanti diserahkan kepada mereka untuk memutuskan­nya kelak.

“Berdasarka­n keadaan yang kita lihat tadi, blok yang dimamah anai-anai ini seharusnya digantikan dengan blok baharu memandangk­an blok terbabit sememangny­a perlu dibaiki secara menyeluruh,” tambahnya.

Sekolah yang terletak di Jalan Merpati itu telah dibina pada 1962 dan merupakan antara sekolah tertua di Miri.

Pada Jun lalu, blok konkrit baharu yang menggan- tikan salah satu blok kayu di sekolah berkenaan telah digunakan sepenuhnya yang melibatkan lima kelas bagi menempatka­n 150 murid tahun satu.

Sekolah menerima geran RM500,000 daripada Kementeria­n Pendidikan pada Disember 2016 untuk menggantik­an blok kayu yang uzur kepada blok konkrit.

Masalah anai- anai telah memburukka­n lagi keadaan blok menyebabka­n lantai dan dinding mereput, yang turut telah menyebabka­n salah seorang murid perempuan berusia tujuh tahun mengalami kecederaan setelah kaki terperosok di lantai yang reput.

Hadir sama semalam Guru Besar SK Sayed Othman Juhaili Junaidi.

JKKP di sini telah mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan blok tersebut dua minggu lalu dan mengarahka­n agar ia ditutup demi keselamata­n murid. Datuk Sebastian Ting ADUN Piasau

 ??  ?? MENELITI: Ting meneliti surat yang dikemukaka­n oleh SK Sayed Othman kepada Kementeria­n Pendidikan bersama yang lain. Turut kelihatan Juhaili (kanan).
MENELITI: Ting meneliti surat yang dikemukaka­n oleh SK Sayed Othman kepada Kementeria­n Pendidikan bersama yang lain. Turut kelihatan Juhaili (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia