Utusan Borneo (Sarawak)

SK Perbandara­n No.2 bakal miliki bangunan baharu

-

SIBU: Sekolah Kebangsaan ( SK) Perbandara­n No.2 di sini bakal memiliki bangunan dewan sekolah baharu.

Majlis pecah tanah lokasi pembinaan dewan menelan kos kira-kira RM300,000 itu telah disempurna­kan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming semalam.

Lau berkata projek itu akan dikendalik­an Akron Contractor dan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan.

“Menjelang tahun depan, murid yang mengambil bahagian dalam perhimpuna­n pagi dan aktiviti sekolah lain tidak perlu takut kepada cuaca hujan dan panas,” katanya ketika berucap ringkas pada majlis pecah tanah tersebut.

Turut hadir Guru Besar SK Perbandara­n No. 2 Thomas Lau, Pengetua SM Wong Nai Siong Lu Yew Hiing dan Presiden Persatuan Cina Bersatu (UCA) Kong Ham Khim.

Lau mendedahka­n bahawa kerajaan telah berhasrat menghulurk­an bantuan dalam menjayakan projek itu tetapi dibatasi kekangan kewangan.

“Justeru, kita tidak mempunyai banyak pilihan kecuali meneruskan projek tersebut dengan inisiatif sendiri,” ujarnya.

Lau berkata selepas ini murid akan dapat menikmati persekitar­an pembelajar­an yang lebih baik.

Bagi kos pembinaan, Lau mengucapka­n terima kasih kepada Akron Contractor kerana bersetuju untuk menerima bayaran yang dibuat secara ansuran.

“Kami akan membayar kepada kontraktor secara berperingk­at dan pada masa yang sama kita berharap orang ramai dapat membantu membiayai kos projek,” katanya.

 ??  ?? JADI KENYATAAN: Lau (kanan, belakang) bersama yang lain merakam kenangan selepas upacara pecah tanah semalam.
JADI KENYATAAN: Lau (kanan, belakang) bersama yang lain merakam kenangan selepas upacara pecah tanah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia