Utusan Borneo (Sarawak)

1AZAM untuk miskin tegar, miskin dalam e-Kasih

Ada individu bukan terdiri daripada golongan miskin tegar dan miskin tersenarai dalam sistem e-Kasih

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Masyarakat diminta tidak menyalaher­tikan kemudahan program 1 Akhiri Zaman Miskin ( 1AZAM) yang ditawarkan kepada golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah berkata masih ada segelintir pihak yang kurang jelas dengan program 1AZAM di negeri ini.

Menurutnya, program tersebut merupakan platform untuk membantu golongan miskin tegar dan miskin meningkatk­an pendapatan berdasarka­n nama yang tersenarai dalam sistem e-Kasih.

“Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang salah faham den- gan program 1AZAM yang ditawarkan ini,” katanya.

Fatimah berkata demikian pada perasmian Bengkel Pe- lan Tindakan Miskin Tegar Sifar 2018 di Bangunan DUN Lama, di sini semalam.

Beliau mengakui ada menerima aduan berhubung individu yang bukan terdiri daripada golongan miskin tegar dan miskin juga tersenarai dalam sistem e-Kasih.

Malah, berpeluang menyertai program 1AZAM yang sepatutnya diberikan kepada individu memenuhi syarat yang ditetapkan.

Fatimah berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan dengan mengeluark­an nama mereka daripada senarai sistem e-Kasih.

Sehubungan itu katanya, kini proses kemas kini sedang berjalan termasuk tugas-tugas pemutihan di kawasan yang kini menjadi tugas utama PSH di pejabat daerah.

Difahamkan, program 1AZAM merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja, perkhidmat­an, pertanian dan perniagaan yang dikenal pasti dan sesuai serta boleh dilaksanak­an bagi menjana dan meningkatk­an pendapatan golongan miskin.

Golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem e- Kasih boleh hadir ke Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sarawak (PPPNS) mendaftar ke dalam sistem tersebut sebelum memohon untuk menyertai program 1AZAM mengikut kesesuaian.

Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang salah faham dengan program

ini. ” 1AZAM yang ditawarkan Datuk Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia