Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai ketua isi rumah BTBL e-Kasih disasarkan sifar: Fatimah

-

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah menyasarka­n senarai ketua isi rumah Belum Terima Bantuan Langsung (BTBL) di bawah sistem e-Kasih akan menjadi sifar dalam tempoh dua bulan ini.

Mendedahka­n perkara itu katanya, setakat 15 Ogos lalu, sebanyak 383 ketua isi rumah telah berjaya diberi bantuan.

Jelasnya, ia berdasarka­n ‘locked figure’ yang direkodkan pada awal tahun 2017 yang berjumlah 419 ketua isi rumah.

“Seramai 383 ketua isi rumah atau 91.41 peratus BTBL telah diberi bantuan daripada locked figure pada awal tahun (2017) berjumlah 419.

“Manakala bakinya ( 36 ketua isi rumah) akan menjadi sifar dalam tempoh dua bulan lagi,” katanya.

Fatimah berkata demikian ketika berucap pada Bengkel Pelan Tindakan Miskin Tegar Sifar 2018 di Bangunan DUN Lama, di sini semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata jumlah keseluruha­n ketua isi rumah dalam senarai e-Kasih Sarawak setakat 15 Ogos lalu, adalah 115,935 ketua isi rumah.

Jumlah itu katanya melibatkan 23,282 ketua isi rumah yang dikategori­kan sebagai miskin tegar, 39,110 ketua isi rumah miskin dan sebanyak 53,543 ketua isi rumah terkeluar daripada senarai tersebut atas beberapa faktor.

Bercakap mengenai kursus anjuran Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Negeri Sarawak (PPPNS) itu, Fatimah berkata ia bertujuan merancang dan menghasilk­an pelan tindakan bersepadu bagi mencapai sasaran Miskin Tegar Sifar (MTS) menjelang 2018.

Katanya, pelan tindakan itu akan menjadi inisiatif dalam mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Mengambil kira perkara yang ditetapkan pada Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri Sarawak pada 29 Jun lalu, Fatimah berkata sasaran MTS perlu diselesaik­an pada 2018.

Di samping itu, pelan itu dapat diguna untuk mengurangk­an sebanyak 50 peratus golongan miskin pada 2020.

Bagaimanap­un katanya, MTS bergantung kepada ‘locked figure’ pada kategori miskin tegar yang direkodkan pada 1 Januari 2017 yang berjumlah 27,769 ketua isi rumah dan 37,081 ketua isi rumah miskin.

 ??  ?? SASARAN: Fatimah ketika bersama wakil agensi yang terlibat pada Bengkel Pelan Tindakan Miskin Tegar Sifar 2018 di Bangunan DUN Lama, Kuching semalam.
SASARAN: Fatimah ketika bersama wakil agensi yang terlibat pada Bengkel Pelan Tindakan Miskin Tegar Sifar 2018 di Bangunan DUN Lama, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia