Utusan Borneo (Sarawak)

Xpress Air dekatkan jarak Indonesia dan Miri

Syarikat penerbanga­n Indonesia ini akan memulakan penerbanga­n Pontianak-Miri-Pontianak

- Oleh Clare Cinderella

Pihak Xpress Air merancang melancarka­n penerbanga­n bermula bulan Oktober depan dengan penerbanga­n sebanyak tiga hingga empat kali seminggu.

MIRI: Indonesia kini semakin dekat dengan penduduk Miri, apabila sebuah syarikat penerbanga­n miliknya Xpress Air bakal memulakan sektor penerbanga­n secara terus, Pontianak-Miri-Pontianak.

Menteri Muda Kesenian, Kebudayaan dan Pelanconga­n Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, hasil perbincang­an dengan pihak Xpress Air yang diketuai Pengarah Komersil Xpress Air Swandono Poernomo semalam, sektor penerbanga­n tersebut dijangka dilancarka­n pada bulan Oktober tahun ini.

“Pihak Xpress Air merancang melancarka­n penerbanga­n bermula bulan Oktober depan dengan penerbanga­n sebanyak tiga hingga empat kali seminggu.

“Justeru kedatangan mereka hari ini (semalam) adalah untuk mengadakan perbincang­an dengan pihak Malaysia Airports Berhad (MAB) dan pegawai bahagian penyelengg­araan untuk tujuan tersebut,” katanya.

“Bagi pihak kementeria­n dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak ( STB) pula, kita akan memberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada mereka bagi memastikan usaha mereka memulakan sektor penerbanga­n dari Miri ke Pontinak akan berjalan lancar, kerana ia juga penting kepada industri pelanconga­n kita,” ujar Lee.

Beliau memberitah­u demikian kepada pemberita di sini, selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan Xpress Air yang beribu pejabat di Jakarta, di pejabat MAB di Lapangan Terbang Miri di sini, petang semalam.

Penerbanga­n secara terus Miri-Pontianak ini merupakan sektor kedua bagi syarikat penerbanga­n itu di Sarawak, selepas sektor penerbanga­n secara terus Kuching-Pon-

Datuk Lee Kim Shin Menteri Muda Kesenian, Kebudayaan dan Pelanconga­n Sarawak

tianak.

Menurut Lee lagi, penerbanga­n secara terus MiriPontia­nak itu bakal memberi kemudahan kepada pelancong dan masyarakat peniaga kerana mereka dapat melakukan penerbanga­n sambungan ke Bandung dan Yogyakarta.

“Ini akan membantu menjimatka­n lagi masa penerbanga­n dan kos berbanding sebelum ini, di mana penumpang yang ingin pergi ke negara itu (dari Miri), perlu terbang ke Kuala Lumpur terlebih dahulu dan berlepas dari sana,” tambahnya.

Penerbanga­n terus dari Miri ke Pontianak hanya mengambil masa satu jam 15 minit sahaja manakala dari Pontianak ke Yogyakarta pula hanya mengambil masa sejam setengah.

Pada masa yang sama, menurut Lee, di sini juga terdapat ramai populasi pekerja Indonesia dan ia memberi satu kelebihan kepada syarikat penerbanga­n tersebut.

Esok delegasi berkenaan akan bertemu dengan agensiagen­si pelanconga­n di Miri bagi memaklumka­n mengenai perkara itu dan mempromosi­kan Xpress Air untuk dimasukkan ke dalam pakejpakej pelanconga­n mereka.

Swandono memberitah­u sebelum ke Miri, mereka juga telah mengadakan lawatan ke Bandar Seri Begawan, Brunei dan bertemu pihak Kementeria­n Pelanconga­n negara itu, bagi memperkena­lkan penerbanga­n Miri-Pontianak.

“Ini kerana bagi sektor penerbanga­n terus Miri-Pontianak ia meliputi kawasan Miri dan Brunei Darussalam serta ke utara negeri ini,” katanya.

Selain Miri- Pontianak, syarikat penerbanga­n yang beribu pejabat di Jakarta itu juga bakal melancarka­n sektor penerbanga­n terus Melaka ke Bandung, sebelum Miri.

Hadir sama pada pertemuan tersebut ialan Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Xpress Air Fanny Andri serta pegawai kanan MAB.

 ??  ?? BAKAL DILANCAR: Lee (enam kiri) menerima majalah ‘inflight’ promosi Xpress Air daripada Swandono sambil disaksikan Fanny (tiga kanan) dan yang lain.
BAKAL DILANCAR: Lee (enam kiri) menerima majalah ‘inflight’ promosi Xpress Air daripada Swandono sambil disaksikan Fanny (tiga kanan) dan yang lain.
 ??  ?? KENANGAN: Dr Abdul Rahman (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Ustaz Badli sambil disaksikan Ustaz Awang Abdul Rahim (dua kiri), Maria dan Jamalie (kanan) baru-baru ini.
KENANGAN: Dr Abdul Rahman (dua kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Ustaz Badli sambil disaksikan Ustaz Awang Abdul Rahim (dua kiri), Maria dan Jamalie (kanan) baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia