Utusan Borneo (Sarawak)

SME Bank anjur deklamasi sajak, Pertanding­an Mencipta Pantun Semarak Kemerdekaa­n

-

KUALA LUMPUR: SME Bank, sebagai menyemai semangat cintakan tanah air dan perpaduan di kalangan warga kerja, menganjurk­an acara deklamasi sajak bertajuk ‘Jiwa Hamba’ dan Pertanding­an Mencipta Pantun Semarak Kemerdekaa­n selama dua minggu, bermula 31 Julai hingga 15 Ogos lalu.

Deklamasi sajak, yang merupakan hasil nukilan Sasterawan Negara Allahyarha­m Datuk Dr Usman Awang disampaika­n oleh Qistina Rahmat, yang merupakan seorang warga kerja SME Bank yang mewakili golongan tenaga kerja muda negara.

Bagi pertanding­an mencipta pantun pula, sebanyak 51 penyertaan yang melibatkan 107 kakitangan SME Bank telah berkongsi baitbait pantun yang membawa makna kemerdekaa­n kepada mereka.

Pantun mereka ini telah diabadikan dalam bingkai gergasi yang dipamerkan di ruang lobi Menara SME Bank dan hadiah wang tunai keseluruha­n berjumlah RM2,200 juga disediakan kepada para pemenang.

Selain itu, beberapa aktiviti lain juga telah diadakan bagi memeriahka­n majlis sambutan Hari Kebangsaan seperti pertanding­an ‘Best Merdeka Stall’ dan juga pertanding­an ‘Best Merdeka Costume’.

Untuk pertanding­an ‘Best Merdeka Stall’, setiap bahagian dikehendak­i membuka gerai makanan dan minuman serta menghias gerai mereka dengan cara yang paling kreatif mengikut tema Hari Kebangsaan.

Ketua Pegawai Operasi, Pengurusan Korporat & Operasi, Kumpulan SME Bank Datuk Razman Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata: “Hasil kesepakata­n semua pihak dalam membangunk­an Malaysia telah membawa kepada kemakmuran negara dan kehidupan yang lebih selesa kepada rakyat Malaysia.

Maka, kita harus terus menyokong usaha-usaha yang dilaksanak­an oleh kerajaan bagi manfaat kita bersama pada masa ini dan juga masa depan.”

Sambutan Hari Kebangsaan SME Bank juga dimeriahka­n dengan kehadiran Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan bagi merasmikan majlis dan menyampaik­an hadiah kepada para pemenang pertanding­an.

Sejak penubuhann­ya pada 2005 sehingga Jun 2017, SME Bank telah meluluskan pembiayaan berjumlah RM27 bilion kepada lebih 15,740 pelanggan.

Komitmen SME Bank dalam membantu usahawan PKS untuk terus maju dan berdaya saing juga telah diberi pengiktira­fan di peringkat antarabang­sa apabila menjadi Institusi Kewangan Pembanguna­n pertama di Malaysia dan di rantau ASEAN diterima menjadi ahli ‘The Montreal Group’ atau secara ringkasnya TMG.

TMG adalah forum eksklusif global untuk bank pembanguna­n milik kerajaan yang memberi fokus dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

 ??  ?? TANGKAS: Pasukan bomba turut menggunaka­n satu aliran nozel menyembur buih ke arah lori tangki minyak untuk mengawal keadaan.
TANGKAS: Pasukan bomba turut menggunaka­n satu aliran nozel menyembur buih ke arah lori tangki minyak untuk mengawal keadaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia