Utusan Borneo (Sarawak)

Latihan kecemasan nahas lori tangki minyak tarik perhatian ramai

-

SIBU: Insiden sebuah lori tangki minyak terlanggar sebuah kereta yang sedang berhenti di depan sebuah gerai berhampira­n Jambatan Lanang menarik perhatian ramai pengguna jalan raya di sini pagi semalam.

Menurut saksi kejadian, lori tangki minyak tersebut turut melanggar pemilik gerai berkenaan selain kereta dibaiki dua penumpang termasuk pemandunya.

Katanya, beliau sempat melihat lori tangki itu cuba membrek tetapi malangnya gagal mengelak daripada merempuh kereta dan gerai tersebut.

Akibatnya, dianggarka­n sebanyak 100 liter minyak tumpah dari kenderaan berat tersebut.

Bagaimanap­un pemandu tersebut lantas berfikir menghubung­i talian kecemasan pasukan ERT Song Transport yang bergegas ke lokasi kejadian.

Polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sibu turut berada di lokasi memberi bantuan dan mengawal keadaan lalu lintas.

Pihak ambulans juga tiba dan memberi rawatan kecemasan kepada mangsa yang terbabit.

Babak cemas tersebut bagaimanap­un hanya satu lakonan daripada Latihan Response Time yang dianjurkan oleh Song Transport Sdn Bhd dengan usaha sama pihak polis, bomba, APM Sibu dan Hospital Sibu bertujuan menguji kecekapan dan kemahiran terlibat ketika menangani kes kecemasan dalam realiti pada bila-bila masa.

Pengurus Song Transport Sdn Bhd Joyce Lai berkata, latihan tersebut merupakan latihan Major Drill dilakukan bersama pihak berkaitan setiap tahun.

“Pasukan kecemasan kami telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.01 pagi dan latihan berjaya ditamatkan pada jam 10.45 pagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia