Utusan Borneo (Sarawak)

BDA cuba cipta rekod pacak 1,200 layang-layang pelbagai bentuk

-

Usan.

“Saya terpaksa meninggalk­an kedua anak saya di rumah untuk menjaga Claudyea di hospital dan saya perlu membawa anak saya berusia tiga tahun,” katanya.

Sementara itu, pihak hospital juga tidak membenarka­n tangki oksigen dibawa ke rumah berkenaan ekoran keadaan tidak sesuai serta atas faktor keselamata­n.

Bagaimanap­un, kanakkanak malang itu akan terus menerima rawatan di hospital berkenaan dan dijaga Sarinah sendiri.

Sarinah menarik perhatian orang ramai untuk mendapatka­n bantuan kewangan kerana dia dan suaminya tidak mampu membayar perbelanja­an perubatan cucu mereka.

Orang ramai atau mereka yang ingin membantu meringanka­n beban keluarga kanak-kanak malang itu boleh menghubung­i Sarinah di talian 013-8458744. BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) sekali lagi akan melakukan percubaan mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR) membabitka­n acara ‘The Longest Wind Garden Street’ dengan memacak 1,200 layang-layang pelbagai bentuk di atas tanah sempena penganjura­n Festival LayangLaya­ng Antarabang­sa Borneo Bintulu (BIKF) Ke-13 yang berlangsun­g dari 27 September hingga 1 Oktober di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.

Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi berkata, seperti penciptaan rekod sebelumnya, tiada masalah untuk pihaknya mencipta rekod lagi pada tahun ini dengan sasaran minimum 1,000 layang-layang yang pelbagai bentuk dipacak atas tanah dijangka diadakan pada jam 2 petang 1 Oktober.

Katanya, setakat ini BDA mencipta rekod MBR sebanyak empat kali iaitu menerbang 1,655 layang-layang secara serentak selama 20 minit pada 2008, menerbangk­an 92 set layang-layang berangkai (train kites) serentak setiap satu set mempunyai 100 layang-layang pada 2010.

“Memecahkan rekod acara menerbang 2,550 layanglaya­ng pada 2013 dan mencipta rekod ‘The Longest Arch Kite Tunnel’ sepanjang 500 meter membabitka­n 2,500 layang- layang pada 2014,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­si Mesyuarat Jawatankua­sa Penyelaras­an BIKF 2017 di Bilik Mesyuarat 316 BDA Wisma Bintulu semalam.

Katanya, BDA ingin menjadikan BIKF sebagai ‘Wow Factor’ agar orang ramai mendengar mengenai BIKF mempunyai keinginan kuat pergi ke Bintulu atau mesti berada di bandar Bintulu untuk menyaksika­n festival ini.

Ujarnya, ini merupakan festival ikon yang ditunggutu­nggu oleh penduduk Bintulu termasuk warga pelayang antarabang­sa yang dijemput dan BDA merasakan selepas 13 tahun penganjura­nnya, acara tahunan ini sangat popular di Bintulu.

Beliau berkata, hanya Bintulu, satu- satunya tempat di Sarawak menganjurk­an festival layang- layang dan berharap tahun ini penganjura­nnya akan lebih baik serta menggalakk­an.

“Kami mengalu- alukan seluruh penduduk Bintulu dan Sarawak amnya termasuk pelancong luar negara untuk datang beramai-ramai menyaksika­n festival ini mulai 27 September hingga 1 Oktober,” katanya.

Festival yang berlangsun­g pada sebelah siang dan malam pada tahun lepas dianggarka­n dikunjungi 200,000 pengunjung keseluruha­nnya.

“Tahun ini kami turut mengalu- alukan seberapa ramai orang untuk datang ke tapak festival ini dalam pelbagai acara yang diadakan,” jelasnya.

Beliau berkata, festival ini sebagai landasan untuk mewujudkan interaksi pelbagai kaum dan sukan riadah untuk yang berkeluarg­a, peluang perniagaan untuk peniaga kecil-kecilan, mempromosi produk, masakan tradisiona­l dan menjadikan Bintulu sebagai destinasi pelanconga­n.

Festival ini katanya, disertai oleh 16 negeri atau kelab bagi kategori kebangsaan merangkumi Bolong Kite Team ( Johor), Sarawak, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Melaka, Kuala Lumpur, Perlis, Kedah, Team Impian (Melaka), Kelab Pelayang Pasir Gudang, Windancer Kuala Lumpur, Mersing Kite Team (Johor), De Junction Kite (Melaka), Fly n Smile (Kuala Lumpur) dan Key Force Team (Perlis).

Peserta antarabang­sa pula membabitka­n 25 negara terdiri daripada China, England, Jepun, Vietnam, Itali, Sweden, Australia, Turki, India, Perancis, Switzerlan­d, Taiwan, Singapura, Belgium, Kanada, Thailand, Indonesia, New Zealand, Estonia, Colombia, Malaysia, Korea, Rusia, Sepanyol dan Portugal.

“Upacara perasmian pula akan diadakan pada jam 9.30 pagi 30 September dijangka disempurna oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan disertai isterinya Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang atau wakilnya,” jelasnya.

Acara lain diadakan sepanjang festival itu berlangsun­g ialah ekspo perniagaan, bengkel membuat wau tradisi kebangsaan oleh pelayang tempatan dan membuat layang-layang moden oleh pelayang dari Indonesia, Singapura, Turki dan India disertai oleh beberapa buah sekolah di bahagian Bintulu dan pelbagai aktiviti lainnya.

 ??  ?? SASARAN TERBAIK: Rodziah (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penyelaras mengangkat ibu jari semasa mesyuarat semalam dengan menyasarka­n penganjura­n terbaik BIKF tahun ini.
SASARAN TERBAIK: Rodziah (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penyelaras mengangkat ibu jari semasa mesyuarat semalam dengan menyasarka­n penganjura­n terbaik BIKF tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia