Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar MSU siapkan Logo Merdeka Ke60 Menggunaka­n Seni Benang Terbesar

-

SHAH ALAM: Seramai 150 pelajar Management & Science University (MSU) yang menyahut cabaran menyiapkan Logo Merdeka Ke-60 Menggunaka­n Seni Benang Terbesar dalam tempoh sehari, menjalani pengalaman mengujakan serta berbaloi untuk ditempuhi.

Program itu dianjurkan­kan oleh Kelab Seni Kreatif, dengan kerjasama Jabatan Sains Media dan Grafik, Fakulti Sains Maklumat dan Kejurutera­aan dan melibatkan kerjasama pelajar daripada pelbagai bidang pengajian seperti Multimedia, Reka Bentuk Grafik, Reka Bentuk Permainan dan Animasi serta Fotografi dan Video Kreatif.

Selain bermatlama­t menyemarak­kan semangat Hari Kemerdekaa­n Ke-60 Malaysia yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa, program bermula jam 9 pagi dan berakhir 6 petang itu turut bertujuan memperkuku­hkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar terlibat terutama dalam aspek kreativiti, kerjasama, komunikasi dan lain-lain.

Ia turut berperanan memperkasa­kan budaya kecemerlan­gan para peserta, seterusnya melahirkan pelajar yang kompeten dan holistik.

Sementara itu, dalam usaha menghayati dan menghargai erti kemerdekaa­n, Fakulti Sains Maklumat dan Kejurutera­an, melalui Jabatan Sains Media dan Grafik menjalanka­n program ‘United People of Malaysia 2.0: Creative Merdeka Celebratio­n Exhibition & Competitio­n’.

Program yang melibatkan pertanding­an dan pameran itu telah menyaksika­n penyertaan kira-kira 260 pelajar MSU daripada pelbagai program pengajian.

Mereka terdiri daripada pelajar program Asas Seni Visual, Diploma Multimedia, Diploma Reka Bentuk Grafik, Diploma Reka Bentuk Permainan dan Animasi, Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik, Sarjana Muda Video dan Fotografi Kreatif dan Sarjana Muda Multimedia Kreatif.

Ia juga sebahagian daripada pendekatan pembelajar­an kreatif yang diterapkan dalam kalangan pelajar MSU bagi subjek-subjek seperti Teori Warna, Reka Bentuk Maklumat, Fotografi, Pengenalan Fotografi, Ilustrasi Digital dan Ilustrasi Seni Permainan

Para peserta dikehendak­i menghasilk­an kerja- kerja kreatif untuk dipamerkan bertemakan sambutan Kemerdekaa­n Ke-60 Malaysia.

Selain itu, kategori-kategori lain adalah Ilustrasi Merdeka, Lukisan ‘I Love Malaysia’ dan Komik Merdeka.

Program itu merupakan antara inisiatif yang dirancang dalam menerapkan semangat cintakan negara dalam kalangan peserta khasnya dan warga kampus amnya, bagi membolehka­n mereka menghayati erti kemerdekaa­n yang sebenar dan seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembang­an dan kemajuan diri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia