Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan besar-besaran masyarakat amat diperlukan dalam Larian Jantung

-

KUCHING: Penyertaan besar-besaran daripada masyarakat amat diperlukan dalam Larian Jantung sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2017 yang akan diadakan pada 24 September depan di pekarangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusin­ya Datuk Amar Jamilah Anu berkata ia bagi mencapai sasaran mengutip sebanyak RM750,000 untuk Program Jantung, Yayasan Jantung Sarawak (YJS).

“Kutipan yang diperolehi ini akan digunakan untuk membantu membiayai kanakkanak yang menderita sakit jantung yang kritikal menjalani rawatan perubatan di hospital jantung di Kuala Lumpur.

“Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membeli unit Sistem Pemantauan Jantung Mudah Alih kepada Pusat Jantung,” katanya pada sidang media YJS di sini, semalam.

Menurut Jamilah, Larian Jantung ini akan diadakan dalam tiga kategori iaitu berjalan sejauh dua kilometer (km), larian sejauh lima kilometer dan perlumbaan lar- ian lelaki dan wanita terbuka sejauh 12km.

Katanya untuk berjalan sejauh dua kilometer, yuran penyertaan adalah RM25 (mendapat baju dan pingat kecil) dan RM50 (mendapat baju dan pingat) manakala untuk larian sejauh lima kilometer adalah RM50 (mendapat baju dan pingat).

Bagi perlumbaan larian lelaki dan wanita terbuka sejauh 12km, peserta perlu membayar RM60 dengan turut diberikan baju serta pingat.

Hadiah untuk juara, naib juara, pemenang ketiga dan keempat kategori ini adalah wang tunai RM500, RM300, RM200 dan RM100 sementara peserta yang mendapat tempat kelima sehingga ke10 menerima wang tunai RM50.

“Peserta juga boleh membuat pendaftara­n secara berkumpula­n seramai 10 orang dan ini akan diberi satu pendaftara­n percuma,” kata Jamilah sambil menambah, ta- rikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos ini.

Dalam pada itu, Jamilah berkata semua peserta juga layak memenangi hadiah cabutan bertuah berupa televisyen 50 inci, telefon pintar, basikal, tiket penerbanga­n, baucar hotel, makan dan produk serta barangan elektronik.

Dalam pada itu, Pusat Jantung Sarawak juga akan menjalanka­n saringan kesihatan secara percuma kepada orang awam bermula jam 8 pagi.

 ??  ?? KESIHATAN: Jamilah (tiga kiri) bersama ahli jawatankua­sa penganjur yang lain menunjukka­n baju Larian Jantung pada sidang media di YJS di Kuching, semalam. Turut kelihatan wakil-wakil penaja.
KESIHATAN: Jamilah (tiga kiri) bersama ahli jawatankua­sa penganjur yang lain menunjukka­n baju Larian Jantung pada sidang media di YJS di Kuching, semalam. Turut kelihatan wakil-wakil penaja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia