Utusan Borneo (Sarawak)

19,822 pelajar menerima manfaat program pendidikan Yayasan S’wak

-

KUCHING: Seramai 19,822 pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negeri menerima manfaat daripada program pendidikan Yayasan Sarawak bagi tahun 2017.

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata daripada keseluruha­n jumlah itu 3,919 penerima adalah pelajar kurang upaya dan 15,903 pelajar lain.

“Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah ini telah bermula dari tahun 2000 dan Yayasan Sarawak telah diamanahka­n untuk membekalka­n pakaian seragam sekolah ( termasuk kasut dan beg) kepada pelajar di seluruh negeri ini.

“Mulai tahun 2017, kerajaan negeri telah menambah peruntukan kepada RM4 juta setahun dengan kadar bantuan RM200 bagi setiap penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Program Pendidikan Yayasan Sarawak yang disempurna­kan isteri Ketua Menteri Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang di Auditorium Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Sementara itu, Juma’ani pada majlis berkenaan menyampaik­an bantuan pakaian seragam kepada tujuh sekolah iaitu dua sekolah menengah dan lima sekolah rendah dengan seramai 384 penerima.

Antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Datuk Patinggi Haji Gapor di mana 109 pelajar menerima bantuan dan SMK Demak Baru dengan seramai 91 pelajar.

Sekolah rendah yang menerima bantuan ialah SK Astana seramai 46 murid, SK Rampangi (26), SK Buntal (16), SK Gita No.2 (36) dan SK Semerah Padi (60).

Majlis turut dihadiri isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datin Amar Doreen Mayang dan isteri Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Datin Zuraini Abdul Jabbar.

 ??  ?? BANTUAN: Juma’ani menyampaik­an baucar bantuan pakaian seragam kepada salah seorang pelajar kurang upaya yang menerima bantuan semalam. Turut kelihatan Azmi (kiri) serta Zuraini (kanan).
BANTUAN: Juma’ani menyampaik­an baucar bantuan pakaian seragam kepada salah seorang pelajar kurang upaya yang menerima bantuan semalam. Turut kelihatan Azmi (kiri) serta Zuraini (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia