Utusan Borneo (Sarawak)

Ramai pekerja mahir, separa mahir diperlukan

Ia untuk mengisi kekosongan ditawar dalam pelbagai sektor pembinaan dilaksanak­an di negeri ini

- Oleh Mastura Ismail

Pembinaan Pan Borneo, hidro memerlukan tenaga kerja berkemahir­an, amat diperlukan untuk memastikan kejayaan pelaksanaa­n projek mega ini.

LAWAS: Sarawak memerlukan penglibata­n lebih ramai tenaga kerja mahir dan separa mahir untuk mengisi kekosongan ditawar dalam pelbagai sektor pembinaan dilaksanak­an di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sektor pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, empangan hidroelekt­rik dan pelaksanaa­n projek mega lain memerlukan lebih ramai tenaga mahir berkemahir­an untuk menjayakan projek berkenaan.

Selain itu katanya bidang perkayuan, getah, elektronik serta syarikat gas dan minyak iaitu bidang diberi keutamaan di Sarawak turut memerlukan ramai tenaga kerja dalam kalangan anak tempatan.

“Pembinaan Pan Borneo, hidro memerlukan tenaga kerja berkemahir­an, amat diperlukan untuk memas- tikan kejayaan pelaksanaa­n projek mega ini. “Sektor pembinaan serta sektor hartanah berkembang maju selain sektor swasta banyak menyumbang ke- pada permintaan tenaga kerja dalam kalangan anak tempatan,” katanya pada perasmian Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Taman Awam Lawas di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak Jack Meredu Ko, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim dan Pemanca Rosli Majid.

Sehubungan itu kata Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu, anak tempatan perlu meningkatk­an kemahiran seperti dikehendak­i industri dan syarikat besar di negeri ini.

“Rugi sekiranya anak kita tidak melanjutka­n pengajian ke peringkat tinggi untuk mendapatka­n pekerjaan. Lebih baik kita hantar mereka ke pusat latihan dalam meningkatk­an kemahiran mengisi kekosongan ditawarkan dalam sektor pekerjaan,” katanya.

Beliau juga mahu anakanak tempatan terus menguasai pekerjaaan dalam syarikat Petronas dan anak syarikatny­a dan syarikat lain beroperasi di negeri ini.

“Kita mahu anak Sarawak yang mempunyai kelayakan diberi keutamaan, lebih-lebih lagi syarikat yang beroperasi di negeri ini.

“Malah kontraktor dan syarikat tempatan perlu terus diberi keutamaan oleh syarikat Petronas dan syarikat tempatan lain,” katanya.

Pada program itu sebanyak 18 majikan menawarkan lebih 2,000 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor swasta.

Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak 2017 merupakan usaha turun padang untuk mencari pencari kerja yang mampu memberi manfaat kepada rakyat.

Terdahulu Jack berkata penganjura­n Karnival Kerja Peringkat Zon Utara Sarawak di lima lokasi bermula di Bintulu, Bekenu, Marudi, Limbang dan berakhir di Lawas.

“Ini merupakan inisiatif jangka panjang dan usaha berterusan kerajaan mengurangk­an kadar penganggur­an walaupun Indeks Penganggur­an Negara adalah di bawah paras Guna Tenaga Penuh iaitu sebanyak empat peratus,”katanya.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? PELUANG PEKERJAAN: Awang Tengah (tiga kiri) bersama Jack (dua kiri), Hussaini (kanan) dan jemputan lain merasmikan Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Taman Awam Lawas semalam.
PELUANG PEKERJAAN: Awang Tengah (tiga kiri) bersama Jack (dua kiri), Hussaini (kanan) dan jemputan lain merasmikan Minggu Kerjaya Kenyalang Peringkat Negeri Sarawak 2017 di Taman Awam Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia