Utusan Borneo (Sarawak)

Polis bongkar makmal dadah, tahan suami isteri Pelbagai dadah bernilai RM245,300 dirampas di P.Pinang

-

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang membongkar sebuah makmal memproses dadah selepas menahan sepasang suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM245,300 dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Perai, dekat sini Isnin lepas.

Lelaki itu yang merupakan seorang kontraktor berusia 31 tahun dan isterinya seorang rakyat Vietnam berusia 27 tahun ditahan di tempat letak kenderaan pangsapuri tersebut pada jam 4.55 petang.

“Polis merampas 10 bungkus heroin dengan berat 4,533 gram yang dibawa wanita itu,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata susulan penahanan pasangan itu, polis menyerbu unit pangsapuri yang disewa mereka dan mendapati ia dijadikan sebagai makmal memproses dadah serta merampas 5,341 gram heroin; 7,897 kafein; 4.15 gram heroin base; serta pelbagai peralatan untuk menghasilk­an heroin antaranya ketuhar, periuk serta cecair bahan kimia.

Beliau berkata pasangan itu mempunyai kepakaran untuk memproses heroin dan mereka dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut sejak setahun lepas selain berpindah-randah setiap bulan.

Chuah berkata, pasangan itu memperoleh bahan untuk menghasilk­an dadah daripada

Polis merampas 10 bungkus heroin dengan berat 4,533 gram yang dibawa wanita itu. Datuk Chuah Ghee Lye Ketua Polis Pulau Pinang

rangkaian sindiket sebelum memprosesn­ya sendiri dan menjualnya di sekitar di Pulau Pinang.

Selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM7,175 serta dua kereta mewah iaitu Audi dan BMW.

Lelaki yang positif dadah dan mempunyai 14 rekod berkaitan dadah dan jenayah itu serta isterinya direman sehingga 28 Ogos bagi membantu siasatan, katanya.

Dalam perkembang­an lain, Chuah berkata polis menahan seorang lelaki berusia 23 tahun yang disyaki terlibat dalam kes samun kakak ipar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam serbuan di sebuah rumah di Relau di sini, Isnin lepas.

Dalam kejadian 8.15 malam 7 Ogos lepas, suspek yang bertopi keledar memecahkan cermin bahagian penumpang kereta seorang doktor pakar dan melarikan beg milik wanita berusia 51 tahun itu ketika beliau sedang memarkir kereta di anjung rumahnya.

Kejadian itu menyebabka­n wanita tersebut mengalami kerugian hampir RM2,000 apabila wang tunai, telefon bimbit dan pelbagai dokumen peribadiny­a dilarikan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HEROIN DIRAMPAS: Chuah (dua kanan) bersama pegawainya menunjukka­n peket lutsinar berisi dadah jenis heroin yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri dekat Perai ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, George...
— Gambar Bernama HEROIN DIRAMPAS: Chuah (dua kanan) bersama pegawainya menunjukka­n peket lutsinar berisi dadah jenis heroin yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri dekat Perai ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, George...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia