Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas penolong jurutera didakwa terbabit pengubahan wang haram RM1j

-

ALOR SETAR: Seorang bekas penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan semalam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.1 juta pada Januari lepas.

Ishak Ismail, 56, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Mengikut pertuduhan, Ishak pada 19 Jan 2017, kira- kira jam 3 petang di sebuah rumah di Batu 14, Simpang 3 Sungai Daun, Yan telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM1,113,250 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

T e r t u d u h d i d a k w a mengikut Seksyen 4( 1)( b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ( Akta 613) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 ( 1) akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Azman menetapkan selama empat hari bermula 13 Nov, sebagai tarikh perbicaraa­n dan dikenakan jaminan sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin, manakala pasport antarabang­sanya diserahkan kepada mahkamah.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia, A. Hafiizh Abu Bakar dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Ariff Shaharuddi­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia