Utusan Borneo (Sarawak)

Operasi cari, selamat kru kapal USS John S McCain diteruskan

-

JOHOR BAHRU: Operasi mencari dan menyelamat ( SAR) 10 kru kapal pemusnah Amerika Syarikat, USS John S McCain, yang hilang dalam pelanggara­n dengan sebuah kapal dagang pada awal Isnin lepas, bersambung hari ini dengan kawasan pencarian terus diperluas.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) Wilayah Selatan Laksamana Maritim Datuk Adon Shalan berkata operasi hari ketiga ini melibatkan kawasan pencarian seluas 550 batu nautika di sekitar perairan Teluk Ramunia, berbanding 352 batu nautika kelmarin.

Diharapkan langkah ini dapat meningkatk­an potensi penemuan mangsa, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata operasi bersambung jam 7 pagi semalam melibatkan 11 aset dan 310 anggota daripada pelbagai agensi penguatkua­saan.

Ini termasuk tiga kapal Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM), sebuah kapal dan dua bot APMM, dua bot Jabatan Laut dan tiga bot Polis Marin.

Pencarian dari udara pula dikendalik­an oleh dua helikopter, masing- masing milik APMM dan TLDM.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi di perairan Teluk Ramunia, Kota Tinggi dekat sini itu, kapal pemusnah USS John S McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarka­n di Liberia, menyebabka­n lima kru USS John S McCain cedera dan 10 lagi jatuh ke laut dan hilang.

Kelmarin, pasukan SAR menemui satu mayat dalam sektor pencarian, namun belum dapat dipastikan sama ada mayat itu adalah anggota kru kapal pemusnah terbabit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia