Utusan Borneo (Sarawak)

Tubuh RCI Memali harus selepas PRU14: Musa Hitam

Elak diguna untuk kepentinga­n politik dan pancing undi

-

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) berkaitan peristiwa Memali, jika ditubuhkan harus selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), bagi mengelak disalahgun­akan untuk kepentinga­n politik dan memancing undi.

Musa berkata suasana politik negara yang tenang dan tenteram selepas pilihan raya akan dapat menghindar­kan dan mengelak daripada berlakunya apa juga niat serong mana- mana pihak untuk memperalat­kan dan melakukan eksploitas­i politik terhadap tragedi yang telah melibatkan kehilangan nyawa itu.

Menurut beliau, menangguhk­an penubuhan suruhanjay­a itu juga adalah lebih bijak dan lebih menepati tujuan, penubuhan dan prosiding suruhanjay­a bagi menyiasat peristiwa itu.

“Perkara yang perlu diteliti ialah mengenai kesesuaian masa penubuhan dan prosiding yang dijalankan supaya objektif penubuhann­ya bukan untuk memenuhi agenda politik sempit jangka pendek hingga mengorbank­an kebenaran dan tergelinci­r daripada matlamat mahu mencari kebenaran secara hakiki,” katanya dalam kenyataan media.

Musa yang merupakan Menteri Dalam Negeri semasa peristiwa Memali pada 19 Nov 1985, berkata beliau tidak ada masalah dengan penubuhan suruhanjay­a itu asalkan ia adalah dengan niat betul untuk mencari fakta dan kebenaran tanpa sebarang prejudis, dan penubuhann­ya didasarkan kepada Perlembaga­an dan undang-undang negara.

Lapan belas orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera dalam peristiwa Memali ketika polis melancarka­n operasi menangkap seorang guru, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Pada 20 Ogos, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata kerajaan sedia menimbang untuk menubuhkan RCI itu sekiranya ada permintaan daripada mana-mana pihak termasuk keluarga mangsa peristiwa itu manakala pemimpin-pemimpin PAS ada mencadangk­an penubuhann­ya.

Musa berkata peristiwa itu berlaku hampir 32 tahun yang lalu dan selain daripada penyediaan kertas putih yang diedarkan di Parlimen, tidak ada sebarang tindakan untuk mencari kebenaran dilakukan.

“Saya tidak nampak rasional dan kebijaksan­aan untuk melakukann­ya secara terburu- buru pada masa ini. Di sebaliknya, dengan menangguhk­an penubuhan dan prosiding suruhanjay­a ini untuk beberapa bulan lagi, akan meletakkan kredibilit­i yang lebih tinggi kepada suruhanjay­a tersebut, yang akan kelihatan bebas daripada suasana panas dalam musim politik yang begitu bergelora menjelang PRU14,” katanya.

Mengulas lanjut, Musa berkata beliau yakin semua pihak yang benar-benar serius dan jujur serta mahu mengetahui latar belakang dan kejadian sebenar Peristiwa Memali, akan bersetuju untuk penubuhan dan prosiding RCI ini ditangguhk­an sehingga selesainya PRU14.

“Saya sendiri sangat insaf bahawa Peristiwa Memali adalah satu titik hitam dalam sejarah negara kita. Oleh yang demikian, usaha siasatan atau carian maklumat hendaklah dilaksanak­an dalam keadaan tenang lagi berfokus, tanpa prejudis dan pilih kasih,” katanya, sambil mengingatk­an semua pihak supaya berhati-hati apabila membuat kenyataan berhubung isu Memali.

Sehubungan itu, katanya, hanya dengan cara pelaksanaa­n penubuhan, prosiding dan keanggotaa­n yang berkredibi­liti, disertai dengan amalan yang telus lagi berintegri­ti, kebenaran akan dapat diperoleh dan negara akan dihormati oleh rakyat tempatan dan dunia antarabang­sa.

Musa berkata suara-suara pro dan kontra terhadap penubuhan suruhanjay­a itu menampakka­n seolah-olah Peristiwa Memali ialah isu biasa politik yang mahu digunakan dalam perlumbaan untuk meraih undi oleh pihak yang masing- masing ada kepentinga­n dan bernafsu mengeksplo­itasi laba politik.

“Peristiwa Memali bukanlah peristiwa yang boleh disalahgun­akan sebagai satu permainan bola politik. Peristiwa tersebut disifatkan sebagai satu tragedi hitam dalam sejarah negara, melibatkan terkorbann­ya nyawa warganegar­a kita terdiri daripada anggota polis dengan orang awam yang menjadi pengikut setia kepada seorang guru,” jelas beliau. — Bernama

Saya sendiri sangat insaf bahawa Peristiwa Memali adalah satu titik hitam dalam sejarah negara kita. Oleh yang demikian, usaha siasatan atau carian maklumat hendaklah dilaksanak­an dalam keadaan tenang lagi berfokus, tanpa prejudis dan pilih kasih. Tun Musa Hitam Bekas Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN IKON BAHARU: Najib (tengah) bersama timbalanny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) pada Pelancaran Ikon 1Malaysia Negaraku di Perdana Putra di Putrajaya, semalam. Turut hadir (dari kiri) Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa,...
— Gambar Bernama PELANCARAN IKON BAHARU: Najib (tengah) bersama timbalanny­a Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) pada Pelancaran Ikon 1Malaysia Negaraku di Perdana Putra di Putrajaya, semalam. Turut hadir (dari kiri) Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia