Utusan Borneo (Sarawak)

Tun M jumpa HINDRAF tidak jejas BN: Kayveas

-

CAMERON HIGHLANDS: Pertemuan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), sama sekali tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi MyPPP Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata ini kerana tindakan Dr Mahathir yang mahu menarik kumpulan itu menyertai pakatan pembangkan­g hanyalah demi kepentinga­n peribadi semata-mata dan bukannya untuk memperjuan­gkan nasib rakyat.

HINDRAF tidak mempunyai prinsip dan matlamat perjuangan sebenar kerana pemimpin pergerakan itu sering menyertai pelbagai parti politik termasuk BN dan akhirnya menentang kerajaan disebabkan kononnya tidak memenuhi kehendak mereka, katanya.

“Rakyat sebenarnya keliru apa perjuangan sebenar HINDRAF kerana jika hendak menjatuhka­n pemimpin atau kerajaan, itu bukan perjuangan, itu berniat jahat dan tiada kena-mengena dengan perjuangan untuk rakyat.

“HINDRAF sudah berpecah-belah, ada yang menyertai Makkal Sakti, PKR sebelum ini ada yang pernah menjadi timbalan menteri dan kemudian bertindak menentang kerajaan BN,” tegas beliau.

Kayveas yang juga Penasihat Kementeria­n Pengangkut­an bercakap mengenai pertemuan itu kepada Bernama selepas merasmikan Bengkel Kecemerlan­gan Minda dan Sahsiah untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang disertai lebih 50 murid tahun enam dari lapan sekolah Cameron Highlands di sini hari ini.

Kayveas diminta mengulas tindakan Dr Mahathir menemui pengerusi Hindraf di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Jumaat lalu, untuk mengajak pergerakan itu menyertai gabungan parti pembangkan­g.

Bagaimanap­un, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa tindakan Dr Mahathir mengajak Hindraf menyertai pembangkan­g tidak pernah dibincangk­an sebelum ini oleh pimpinan tertinggi pakatan pembangkan­g. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEMOGA BERJAYA: Kayveas (enam kiri) merangkap Penasihat Kementeria­n Pengangkut­an beramah mesra bersama murid-murid sekolah pada perasmian Bengkel Kecemerlan­gan Minda dan Sahsiah UPSR 2017 di Brinchang di Cameron Highlands, semalam.
— Gambar Bernama SEMOGA BERJAYA: Kayveas (enam kiri) merangkap Penasihat Kementeria­n Pengangkut­an beramah mesra bersama murid-murid sekolah pada perasmian Bengkel Kecemerlan­gan Minda dan Sahsiah UPSR 2017 di Brinchang di Cameron Highlands, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia