Utusan Borneo (Sarawak)

Najib lancar ikon 1Malaysia Negaraku

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarka­n ikon 1Malaysia Negaraku, yang menggabung­kan konsep 1Malaysia dan inisiatif Negaraku, yang melambangk­an simbol pengukuhan mesej dan platform khusus bagi memupuk perpaduan negara.

Pada majlis pelancaran di Perdana Putra di sini yang dihadiri menteri- menteri Kabinet, beliau berkata penjenamaa­n semula ikon 1Malaysia itu adalah bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat yang telah begitu sinonim dengan keduadua konsep berkenaan.

“Maka, kita bersetuju untuk menggabung­kan keduadua simbol menjadi satu ikon negara supaya kita tidak ketepikan konsep 1Malaysia dan juga tidak memberi tumpuan kepada konsep ‘Negaraku’ seolah-olah 1Malaysia tidak wujud lagi.

“Dengan ini, 1Malaysia akan terus kita perjuangka­n laungannya. Kita putuskan bahawa inilah gambaran ikon baharu untuk negara kita iaitu 1Malaysia Negaraku,” katanya.

Hadir sama pada majlis pelancaran itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Najib berkata konsep 1Malaysia yang dilancarka­n pada Jun 2009 telah diterima sebagai satu pendekatan, falsafah dan konsep yang membawa pengertian mendalam kepada rakyat Malaysia.

Beliau berkata 1Malaysia melambangk­an hasrat untuk mencapai perpaduan nasional melalui semangat kebersamaa­n, kebersatua­n dan kerjasama serta saling hormat-menghormat­i antara satu sama lain

“1Malaysia bukan sahaja satu konsep dan wahana tetapi ia juga diasaskan kepada nilai-nilai utama dan sampingan yang boleh dijadikan sebagai asas dalam proses membina sebuah negara bangsa,” katanya.

Najib berkata perjalanan untuk mencapai perpaduan jitu dan kukuh mengambil masa dan perlu merentasi pelbagai cabaran dan rintangan namun berbekalka­n nilai-nilai asas yang ada kaitan dengan konsep 1Malaysia, maka boleh dilihat Malaysia mampu bergerak ke arah matlamat diidamkan.

Beliau berkata konsep 1Malaysia adalah berlainan dengan konsep diperkenal­kan sebelum ini kerana ia dikaitkan dengan produk dan program yang menggu- nakan nama 1Malaysia seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Skim Latihan 1Malaysia dan juga Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Mengenai inisiatif Negaraku yang dilancarka­n pada Mac tahun ini, Najib berkata ia mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat.

“Apabila kita sebut Negaraku, kita dapat sambutan yang hangat sebab ia menjadi begitu spontan, sebut sahaja Negaraku, rakyat akan sahut Malaysia,” katanya.

Najib berkata ikon baharu itu akan diguna pakai menjelang sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

“Saya yakin ia akan diterima sepenuhnya oleh rakyat Malaysia khususnya dengan kemeriahan, keseronoka­n dan pencapaian Sukan SEA 2017. Saya percaya ia akan menyemarak­kan semangat kita,” katanya.

Najib melahirkan penghargaa­n kepada Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Lim Kok Wing dan Limkokwing University of Creative Technology yang bekerjasam­a menghasilk­an ikon berkenaan.

Ikon itu menggabung­kan ikon ‘1Malaysia’ dan ‘Negaraku’ sedia ada dengan angka ‘ 1’ pada ikon ‘ 1Malaysia’ dililit bendera Jalur Gemilang yang juga tertera perkataan ‘ Negaraku’ di bawahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia