Utusan Borneo (Sarawak)

Provokasi menerusi media sosial hakis sikap cintakan negara: NGO

-

KUALA LUMPUR: Provokasi negatif yang dicetuskan pihak tidak bertanggun­gjawab menerusi media sosial dilihat telah menghakis semangat patriotism­e dalam kalangan generasi muda.

Berkongsi pandangann­ya dengan Bernama di sini, Presiden Idealis Kebangsaan Khairul Muzammil Eshak ber- kata generasi sekarang terlalu mudah terperdaya dengan apa yang disajikan kepada mereka dalam laman sosial termasuk fitnah kepada kerajaan dan pemimpin negara.

“Bila ada pihak lemparkan fitnah secara tidak langsung kepercayaa­n terhadap kepimpinan negara akan terhakis kerana ia mewujudkan kebencian dan ketidakper­cayaan kepada pemimpin.

“Secara automatik semangat patriotism­e yang hendak dibawa oleh pemimpin kepada mereka (golongan muda) hilang serta mereka menganggap kerajaan dan dasar yang ada hari ini membebanka­n mereka,” katanya selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama News Channel, malam kelmarin.

Selain itu, Khairul Muzammil berkata parti pembangkan­g di negara ini sepatutnya memperjuan­gkan isu-isu yang dekat dengan rakyat, bukan menanam kebencian terhadap kerajaan yang memerintah.

“Percanggah­an pendapat itu biasa, tetapi mereka bukan parti pembangkan­g yang baik apabila melakukan serangan peribadi secara konsisten kepada pemimpin...menanam persepsi negatif terhadap pemimpin membuatkan sifat cintakan negara dalam generasi muda kian terhakis,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Muzammil berkata media memainkan peranan yang penting dalam mendidik masyarakat terutama golongan muda bagi memupuk semangat cintakan negara dengan memperbany­ak siaran berbentuk iklan di televisyen mahupun radio.

“... dan iklan ini harus dilakukan sepanjang tahun bukan hanya waktu kemerdekaa­n sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Ikatan Teras Minda Selangor Prof Madya Dr Mohd Sazili Shahibi berkata subjek sejarah di sekolah harus ditambah baik bagi memberi penghayata­n yang lebih bermakna terhadap erti kemerdekaa­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia