Utusan Borneo (Sarawak)

Enam kantin hospital diarah tutup sementara, dikompaun

-

PUTRAJAYA: Enam kantin atau kafeteria di fasiliti kesihatan Kementeria­n Kesihatan diarahkan tutup sementara dan dikompaun setelah pemeriksaa­n mendapati tahap kebersihan­nya rendah.

Kantin berkenaan, yang dikenakan tindakan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, terletak di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang; Hospital Muar dan Hospital Pulai di Johor; Hospital Shah Alam dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor; dan Pusat Rehabilita­si Cheras, Wilayah Persekutua­n.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramania­m berkata enam kantin itu diarahkan tutup sementara selepas pemeriksaa­n kebersihan rutin dan operasi berkala dilakukan terhadap 144 kantin hospital di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas oleh Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan Kementeria­n Kesihatan.

“Selepas pemeriksaa­n sekali lagi dilakukan dan mendapati kebersihan mencapai tahap tinggi, semua kantin berkenaan dibuka semula kecuali HTAR...ia tidak ditutup secara kekal,” katanya dalam sidang media di kementeria­n di sini, kelmarin.

Kantin HTAR di Klang ditutup selama dua minggu sehingga 1 Sept ini atas faktor kebersihan susulan penyebaran sebuah video selama 32 saat yang memaparkan seekor tikus menarik makanan keluar dari bekas di kaunter laukpauk.

Dr Subramania­m berkata pengusaha kantin di fasiliti kesihatan Kementeria­n Kesihatan wajib memastikan makanan yang dijual di premis mereka adalah bersih, selamat dan sihat.

“Sebahagian daripada skop kontrak baharu dan tanggungja­wab pengusaha kantin dengan pihak hospital adalah memenuhi kriteria Kafeteria Sihat, menjaga kebersihan di premis mereka dan melaksanak­an aktiviti kawalan haiwan perosak di kawasan kantin dan kafeteria.

“Pihak pengusaha kantin atau kafeteria wajib hidang makan yang sihat, selamat dan ada nutrisi serta tidak dibenarkan menjual minuman ringan atau snek seperti nugget atau burger,”katanya.

Beliau berkata sekiranya gagal mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan mengikut Akta Makanan 1983, kantin atau kafetaria boleh diarahkan ditutup, disenaraih­itamkan atau kontrak pengendali­an makanan dibatalkan sertamerta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia