Utusan Borneo (Sarawak)

Napoli ternyata terlalu kuat buat Nice

Gol Callejon, Insigne pastikan ‘Partenopei’ sertai Sevilla, Celtic layak aksi Liga Juara-Juara

-

PARIS, Perancis: Gol Jose Callejon membantu Napoli melangkah ke pusingan pertama Liga Juara-Juara, bersama-sama Sevilla dari Sepanyol dan juga Celtic, yang diberikan tentangan sengit sebelum melayakkan tempat pada perlawanan kelayakan terakhir Selasa lepas.

Napoli, di tangga ketiga Serie A Itali musim lepas, ternyata terlalu kuat buat Nice dan menang 2-0 di Perancis menerusi gol Callejon dan Lorenzo Insigne untuk kemenangan 4-0 secara agregat.

Tewas kepada Real Madrid di pusingan kedua Liga Juara-Juara musim lepas, Napoli membuka jaringan apabila hantaran lintang Marek Hamsik disempurna­kan oleh Callejon pada minit ke-48.

Dries Mertens tidak bernasib baik untuk menambah jaringan apabila rembatanny­a terkena palang sebelum Insigne melengkapk­an jaringan seminit sebelum tamat permainan.

“Napoli harus terus bermain dalam Liga Juara-Juara setiap musim kerana di sana adalah tempat selayaknya bagi kami dan kami berasa gembira dengan kelayakan ini,” kata Insgine.

Nice, di mana pemain baharunya, Wesley Sneijder diturunkan dalam kesebelasa­n utama, jelas gagal menyaingi Napoli dalam dua perlawanan timbal-balik dan terpaksa akur beraksi dalam Liga Europa pada musim hadapan.

Sevilla, yang memenangi Liga Europa tiga tahun berturut-turut sebelum tewas kepada Leicester City di pusingan kedua Liga JuaraJuara musim lepas, terselamat ancaman penyingkir­an apabila menentang kelab dari Turki, Istanbul Basaksehir.

Sevilla, yang menang 2-1 pada perlawanan pertama di Turki, seri 2-2 di tempat sendiri untuk kemenangan agregat 4-3.

Napoli harus terus bermain dalam Liga JuaraJuara setiap musim kerana di sana adalah tempat selayaknya bagi kami dan kami berasa gembira dengan kelayakan ini. Lorenzo Insigne Pemain Napoli

Mereka ketinggala­n menerusi gol Eljero Elia tetapi Sergio Escudero menyempurn­akan hantaran lintang Jesus Navas untuk mengikat kedudukan pada awal separuh masa kedua.

Nolito kemudian mengumpan bola kepada Wissam Ben Yedder untuk menamatkan saingan Basaksehir tetapi Edin Visca mengikat kedudukan untuk mencemaska­n pasukan tuan rumah.

Emre Belozoglu tidak bernasib baik untuk mengesahka­n kemaraan Basaksehir berdasarka­n gol di tempat lawan apabila tendangan percuma beliau terkena palang pada minit akhir.

Celtic meneruskan kemaraan dengan agregat 8-4 walaupun tewas 3-4 kepada Astana pada perlawanan kedua di Kazakhstan ketika aksi hambar dalam separuh masa kedua memberikan harapan kepada pasukan tuan rumah untuk bangkit.

Celtic menang 5-0 pada perlawanan pertama di Glasgow dan satu gol Scott Sinclair pada minit ke-34 dilihat sudah menamatkan saingan.

Astana, yang membuka jaringan menerusi gol sendiri Kristoffer Ajer, menghidupk­an peluang untuk satu kebangkita­n luar biasa apabila Serikzhan Muzhikov dan dua gol Patrick Twumasi menjadikan kedudukan 4-1 untuk pasukan tuan rumah.

Tetapi Olivier Ntcham menamatkan harapan Astana apabila menjaringk­an gol kedua Celtic sebelum Leigh Griffiths menjaringk­an gol ketiga pada minit akhir.

“Saya mempunyai emosi bercampur-campur kerana kami tidak bertahan dengan baik,” kata pengurus Celtic, Brendan Rodgers ketika memberitah­u penyiaran BT Sport selepas igauan yang sama 12 bulan yang lalu.

Celtic menewaskan Hapoel Beer-Sheva dari Israel 5-2 pada perlawanan pertama dan tewas 0-2 pada perlawanan kedua tetapi tetap meneruskan kemaraan dengan kemenangan agregat 5-4.

“Kami mengharung­i pengalaman yang sama seperti menentang Beer-Sheva. Saya fikir kami akan mengharung­i kejohanan ini tanpa rasa debaran. Pemain berasa cemas dalam 15 atau 20 minit tetapi selepas itu kami mengemba- likan rentak.”

Pada perlawanan lain, kelab juara Liga Greece, Olympiakos, juga kembali ke pusingan pertama dengan kemenangan 1-0 di Rijeka dari Croatia untuk kemenangan 3-1 secara agregat.

Maribor dari Slovenia juga meneruskan kemaraan apabila menewaskan Hapoel BeerSheva 1-0. — AFP

 ?? — Gambar Berrnama ?? LICIK: Callejon (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Nice, Arnaud Souquet pada perlawanan di Stadium Allianz Riviera di Nice, Perancis pada Selasa lepas.
— Gambar Berrnama LICIK: Callejon (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Nice, Arnaud Souquet pada perlawanan di Stadium Allianz Riviera di Nice, Perancis pada Selasa lepas.
 ??  ?? JEDINAK
JEDINAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia