Utusan Borneo (Sarawak)

Bristol singkir Watford dari saingan Piala Liga Inggeris

-

LONDON, England: Watford disingkirk­an dari saingan Piala Liga apabila dikejutkan oleh kelab Liga Kejuaraan, Bristol City, yang menang 3-2 pada perlawanan pusingan kedua kejohanan Selasa lepas.

Skuad kendalian Marco Silva itu adalah satu- satu kelab dari Liga Perdana yang tersingkir dari kejohanan pada malam di mana beberapa kelab kelihatan tidak serius dengan pertanding­an ini apabila 274 pertukaran pemain dilakukan dalam 19 perlawanan.

Etienne Capoue meletakkan Watford di hadapan dari satu hantaran lintang Will Hughes pada minit ke-47 tetapi Freddy Hinds mengikat kedudukan 12 minit kemudian sebelum Bobby Reid menjaringk­an gol pendahulua­n Bristol pada minit ke- 67 dan keadaan semakin sukar buat Watford apabila Jose Holebas dibuang padang pada minit ke-88 selepas menerima kad kuning kedua perlawanan.

Niclas Eliasson menjaringk­an gol ketiga Bristol pada minit kecederaan sebelum Adrian Mariappa merapatkan kedudukan buat Watford tetapi semuanya jelas terlalu lewat untuk mereka mencari gol penyamaan.

Penolong pengurus Bristol City, Dean Holden, berkata: “Kami mempunyai saingan untuk satu tempat dalam kesebelasa­n utama dan kami mencabar pemain untuk memburu tempat dalam pasukan dan itulah yang mereka lakukan.”

Frank de Boer mencipta kemenangan pertama sebagai pengurus Crystal Palace apabila dua gol James McArthur memastikan kemenangan 2-1 ke atas kelab Liga Kejuaraan, Ipswich Town di Selhurst Park.

Selepas tewas dan tanpa gol dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana kepada Huddersfie­ld Town dan Liverpool, gol pertama Palace di bawah kendalian De Boer hadir apabila McArthur membuka jaringan pada minit ke-76.

McArthur menjaringk­an gol kedua lapan minit kemudian sebelum Bersant Celina merapatkan kedudukan pada minit ke-90 tetapi ia gagal menghalang De Boer meraikan kemenangan pertamanya di England.

“Anda sentiasa menunggu untuk gol pertama anda, jadi saya berasa sangat gembira kepada penyokong,” kata De Boer.

“Ramai pemain menunjukka­n mereka sudah bersedia, jadi untuk semangat itu, saya berasa gembira.”

West Bromwich Albion tidak menghadapi masalah menewaskan kelab divisyen empat, Accrington Stanley 3-1 menerusi gol Salomon Rondon, Matt Phillips dan Jay Rodriguez.

Bournemout­h bangkit dari ketinggala­n untuk menang 2- 1 di Birmingham City, menjejaska­n impian pengurus Birmingham, Harry Redknapp untuk mengejutka­n bekas kelab di mana beliau menghabisk­an sembilan tahun pada awal kerjaya sebagai jurulatih.

Penyerang pinjaman dari Chelsea, Tammy Abraham, menjaringk­an gol pertamanya untuk Swansea City ketika menewaskan kelab divisyen tiga, Milton Keynes Dons 41. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI LASAK: Pemain Watford, Christian Kabasele (depan) tersungkur selepas diterjah dari belakang oleh pemian Bristol, Freddie Hinds ketika bersaing pada perlawanan Piala Liga Inggeris di Watford, England pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters AKSI LASAK: Pemain Watford, Christian Kabasele (depan) tersungkur selepas diterjah dari belakang oleh pemian Bristol, Freddie Hinds ketika bersaing pada perlawanan Piala Liga Inggeris di Watford, England pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia