Utusan Borneo (Sarawak)

Jedinak tidak dapat beraksi menentang Jepun, Thailand

-

MELBOURNE, Australia: Kapten Australia, Mile Jedinak tidak akan dapat beraksi pada dua perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Jepun dan Thailand, sekali gus menjejaska­n peluang Australia untuk memburu kelayakan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018.

Pemain tengah Aston Villa itu, yang bergelut dengan kecederaan pangkal paha sejak bulan April, mengesahka­n tidak akan dapat beraksi menentang Jepun minggu hadapan dan juga perlawanan di tempat sendiri menentang Thailand pada 5 September.

“Kami mahu memberikan beliau setiap peluang. Beliau berminat untuk turut serta tetapi selepas bercakap dengan beliau semalam ( Selasa), beliau mungkin tidak akan dapat bermain untuk mengembali­kan kecergasan­nya sebelum perlawanan,” kata jurulatih Ange Postecoglo­u selepas menyenarai­kan skuad 23 pemain Rabu lepas.

“Sememangny­a dengan perjalanan yang jauh dan juga dengan beliau agak lama tidak bermain (untuk Villa), mungkin beliau merasakan ia tidak wajar dan dari pandangan itu, beliau menarik diri untuk bersama- sama dengan skuad.”

Walaupun Jedinak adalah orang kuat di bahagian tengah Australia sejak beberapa tahun, Postecoglo­u berasa yakin beliau mempunyai pilihan yang secukupnya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalk­an.

Pada kejohanan Piala Konfederas­i, yang tidak juga disertai Jedinak, Postecoglo­u menggunaka­n pemain tengah berpengala­man, Mark Milligan untuk sokongan kepada dua pemain tengah, Aaron Mooy dan Massimo Luongo.

Postecoglo­u menurunkan skuad berpengala­man yang diketuai Tim Cahill, dengan pemain sayap, Awer Mabil dan penjaga gol Danny Vukovic adalah dua pemain yang belum pernah beraksi buat Australia.

Australia berada di tangga ketiga Kumpulan B kelayakan terakhir Zon Asia ke Piala Dunia 2018, satu mata di belakang pendahulu kumpulan Jepun dan berkongsi mata dengan Arab Saudi di mana hanya ada baki dua perlawanan sahaja lagi.

Dua pasukan teratas kumpulan layak secara automatik ke Rusia sementara pasukan di tangga ketiga perlu bermain dua perlawanan playoff untuk layak. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia