Utusan Borneo (Sarawak)

Langgar kontrak, Barca tuntut 8.5 juta euro dari Neymar

-

BARCELONA, Sepanyol: Kelab Barcelona menuntut sekurang-kurangnya 8.5 juta euro dalam pampasan dari Neymar kerana melanggar kontrak, menurut kelab gergasi bola sepak Sepanyol Selasa lepas ketika kekecewaan dari rekod dunia perpindaha­n bernilai 222 juta euro ke Paris Saint Germain (PSG) berterusan.

Tindakan itu dibuat selepas Barcelona enggan membayar bonus berasingan 26 juta euro yang perlu dibayar kepada Neymar kerana menandatan­gani kontrak baharu lima tahun pada tahun lepas.

“Dalam saman yang difailkan, kelab menuntut pemain mengembali­kan bayaran yang sudah dibuat untuk pembaharua­n kontrak kerana beliau belum melengkapk­an kontraknya: 8.5 juta euro untuk kerosakan; dan tambahan 10 peratus kerana penangguha­n pembayaran,” kata Barcelona dalam satu kenyataan.

Keluarga Neymar membalas dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh firma yang mewakili kepentinga­n mereka.

“Berita yang kami terima ini amat mengejutka­n kerana pemain telah menghormat­i sepenuhnya terma kontrak ketika itu,” kata NN Consultori­a.

“Merujuk kepada bonus yang patut dibayar kerana menandatan­gani kontrak (baharu) pada 2016, merujuk kepada kontrak dan tidak dibayar oleh FC Barcelona... (Neymar) sudah memulakan prosiding rasmi untuk mendapatka­n kembali wang menerusi mahkamah.”

Walaupun dalam kontrak, Barcelona tidak mempunyai kuasa menghalang perpindaha­n Neymar ke PSG awal bulan ini kerana PSG sudah menguatkua­sa klausa pelepasan kontrak beliau.

Barca menambah tuntutan terhadap Neymar pada 11 Ogos di mahkamah pekerja Barcelona, lapan hari selepas perpindaha­n ke PSG. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia