Utusan Borneo (Sarawak)

Farah Ann pertahan emas acara individu

-

KUALA LUMPUR: Ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi berjaya mempertaha­nan pingat emas dalam acara senaman lantai individu pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Pameran Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MiTEC) di sini semalam.

Farah Ann mengutip 13.450 mata untuk meninggalk­an Kaitlin Cera De Lianne di tempat kedua selepas gimnas Filipina itu mengumpul 13.025 mata manakala gimnas Indonesia, Rifda Irfanaluth­fi mencatatka­n 13.000 mata merangkul gangsa.

Pencapaian emas itu adalah kedua oleh gimnas negara berusia 23 tahun itu selepas merangkul emas dalam acara gimnastik artistik berpasu- kan.

Sementara itu, gimnas negara, Tan Ing Yueh terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas emas yang dinobatkan terlebih dahulu kepadanya dalam acara palang imbangan dibantah oleh Indonesia.

Justeru, bantahan oleh Indonesia itu menyaksika­n gimnas negara itu, Rifda Irfanaluth­fi muncul pemenang emas baharu dengan 13.125 mata mankala Ing Yueh mengumpul 13.100 mata.

Gangsa menjadi milik gimnas Filipina, Kaitlin Cera De Lianne yang mengutip 12.300 mata.

Sebelum ini, Ing Yueh meraih dua emas dalam acara lombol individu dan gimnastik artistik berpasukan.

Dalam acara lelaki, Jeremiah Loo Phay Xing merangkul pingat gangsa selepas merakamkan 13.000 mata dalam acara palang tunggal manakala gimnas Vietnam menyapu pingat emas dan perak masing-masing menerusi Lee Thanh Tung (13.350 mata) dan Dinh Phuong Thanh (13.050 mata).

Sementara itu, Farah Ann berkata beliau telah menebus kekecewaan dalam acara palang bertingkat semalam.

“Sudah tentu saya mahu mendapatka­n pingat semalam tetapi malangnya tersilap langkah. Tiada gunanya untuk sedih kerana ia adalah sifat sukan. Saya hanya mahu turun ke gelanggang dan melakukan yang terbaik,” katanya.

Selepas ini, katanya, beliau akan berehat buat seketika sebelum memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia ke-47 di Montreal, Kanada, dari 2 hingga 8 Okt ini. — Bernama

 ??  ?? Khairul Hafiz (tengah) meraikan kemenangan­nya ketika beraksi pada final acara 100 meter lelaki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur FARAH ANN
Khairul Hafiz (tengah) meraikan kemenangan­nya ketika beraksi pada final acara 100 meter lelaki di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur FARAH ANN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia