Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad menembak negara sekadar tambah dua perak

-

PETALING JAYA: Malaysia gagal menambah kutipan pingat emas pada hari ketiga acara menembak Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) selepas sekadar membidik dua perak pada aksi di Lapang Sasar Menembak Nasional, Subang dekat sini, semalam.

Penembak muda, Joseph Lee Joon Kit, 20 yang membuat penampilan sulung pada Sukan SEA, menyumbang pingat perak pertama untuk skuad kebangsaan selepas mengutip 48 mata dalam acara skeet lelaki.

Juara bertahan, Jiranut Haihatchuk­iat dari Thailand mengekalka­n pingat emas selepas membidik 50 mata manakala rakan senegarany­a, Tanapat Jangpanich meraih pingat gangsa dengan kutipan 38 mata.

Penembak veteran negara, Ricky Teh Chee Fei pula gagal melayakkan diri ke pusingan akhir skeet lelaki setelah menduduki tangga terakhir daripada lapan peserta pada pusingan kelayakan.

Pingat perak kedua Malaysia hadir menerusi penembak veteran, Hasli Izwan Amir Hasan yang mengutip 24 mata berbanding penembak Vietnam, Ha Minh Thanh yang mengekalka­n pingat emas dengan kelebihan satu mata.

Penembak Thailand, Pornchai Sukhonpani­ch terpaksa berpuas hati dengan kutipan gangsa selepas meraih 19 mata manakala seorang lagi wakil Malaysia, Hafiz Adzha berada di tangga kelima daripada enam peserta selepas mengutip 11 mata.

Dalam pada itu, Hasli Izwan yang ditemui pemberita selepas berakhirny­a acara berkenaan, tidak kecewa dengan kegagalan membidik emas pada penampilan terakhir pada Sukan SEA sejak membuat penampilan sulung pada edisi 1997 di Jakarta, Indonesia.

Untuk rekod, atlet berusia 40 tahun itu berjaya membidik emas dalam acara 25m rapid fire pistol pada tiga edisi iaitu 2001 di Kuala Lumpur, 2005 di Manila, Filipina dan 2007 di Nakhon Ratchasima, Thailand.

“Alhamdulil­lah, saya berpuas hati dengan pingat perak ini kerana kita semua sedia maklum acara ini tidak dipertandi­ngan pada dua edisi lepas iaitu pada 2013 di Indonesia dan 2015 di Singapura disebabkan kekurangan penembak.

“Untuk pertanding­an hari ini, saya sudah beri yang terbaik namun mungkin rezeki lebih berpihak kepada penembak Vietnam itu yang menjadi pesaing utama saya sejak 2009,” kata anak jati Perak itu.

Hasli Izwan menegaskan walaupun bakal bersara daripada Sukan SEA kerana mahu memberi peluang kepada penembak baharu, beliau masih berminat untuk mewakili negara dalam beberapa temasya sukan lain seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia sekiranya diberikan peluang.

“Mengenai cadangan menjadi jurulatih itu memang ada kerana saya sudah ada latar belakang kejurulati­han tetapi selagi saya boleh beraksi, saya akan terus mewakili negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANG PERAK: Joseph beraksi pada acara menembak Skeet lelaki di Lapang Sasar Kebangsaan Subang, Subang Jaya semalam.
— Gambar Bernama SUMBANG PERAK: Joseph beraksi pada acara menembak Skeet lelaki di Lapang Sasar Kebangsaan Subang, Subang Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia