Utusan Borneo (Sarawak)

Terjun: Kimberly pikul tugas besar

-

KUALA LUMPUR: Penerjun muda negara, Kimberly Bong dipertangg­ungjawabka­n menggalas cabaran negara dalam acara 10m platform individu wanita pada Sukan SEA ke- 29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Kimberly, 15, yang membuat penampilan sulung di temasya dwitahunan itu dipilih mengisi tempat Ratu Terjun Dunia, Cheong Jun Hoong yang dalam proses pemulihan ekoran kecederaan dialaminya di Kejohanan Dunia, di Budapest, Hungary, bulan lepas.

Meskipun pertama kali diberi tugas berat, atlet cilik berketingg­ian 1.54m itu berani meletakkan sasaran untuk sekurang- kurangnya meraih gangsa sebagai membalas kepercayaa­n yang diberikan oleh jurulatih, Yang Zhuliang.

Penerjun kelahiran Sarawak itu akan mengiringi seorang lagi ikon terjun negara Pandelela Rinong dalam acara 10m platform yang akan berlangsun­g pada 28 Ogos ini.

“Saya rasa agak gementar sebab kali pertama (sertai) Sukan SEA tapi saya juga hendak menang di Sukan SEA. Jadi saya agak takutlah,” katanya.

“Pesaing saya adalah rakan sendiri yang juga senior Pandelela dan penerjun dari Singapura. Saya akan cuba yang terbaik di sini... sekurang-kurangnya pingat gangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Kimberly berkata ini merupakan kali pertama beliau akan beraksi di pentas lebih besar dalam acara individu kerana sebelum ini sentiasa digandingk­an dengan penerjun lain dalam acara platform seirama.

Kimberly mengukir nama dalam sukan terjun selepas meraih masing-masing satu emas, perak dan dua gangsa di temasya Sukan Malaysia ( Sukma) Sarawak, tahun lepas.

Jun Hoong yang ditemui semalam mengesahka­n bahawa beliau hanya akan beraksi dalam acara 1m papan anjal bagi memberi laluan kepada penerjun muda beraksi di samping menjalani proses pemulihan daripada kecederaan. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia