Utusan Borneo (Sarawak)

Capai sasaran ditetap NAAM

Skuad memanah negara muncul juara keseluruha­n selepas meraih lima emas, tiga perak dan dua gangsa

-

KUALA LUMPUR: Sasaran empat pingat emas diletakkan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia ( NAAM) ke atas skuad memanah negara tercapai apabila mereka keseluruha­nannya mengumpul lima emas pada Sukan SEA kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Selain lima kilauan emas, skuad memanah turut menyumbang tiga perak dan dua gangsa sekali gus menjadi juara keseluruha­n sukan memanah pada aksi di Padang Sintetik Majlis Sukan Negara yang berlangsun­g dari 16 hingga 22 Ogos pada Sukan SEA ke-29.

Presiden NAAM, Datuk Seri Johari Baharom berkata ia pencapaian terbaik buat skuad memanah walaupun menyamai pungutan pingat di Singapura dua tahun lepas.

“Saya berpuas hati dengan kejayaan kali ini kerana ia adalah yang terbaik di Sukan SEA. Walaupun sama dengan pencapaian di Singapura tapi kita mempunyai lebih banyak peluang apabila ramai yang mara ke final.

“Tapi ada juga peluang itu tidak menyebelah­i pemanah kita. Lagipun biasalah beraksi di laman sendiri, penonton ramai jadi tekanan juga lebih,” katanya kepada media mengulas mengenai prestasi skuad memanah di KL2017.

Johari berharap pencapaian cemerlang itu menjadi pembakarse­mangatbuat­skuad memanah mencapai prestasi terbaik untuk beraksi di Sukan Asia 2018 di Indonesia.

“Kita akan berbincang kelemahan yang perlu dibaiki, di mana latihan perlu

Saya berpuas hati dengan kejayaan kali ini kerana ia adalah yang terbaik di Sukan SEA. Walaupun sama dengan pencapaian di Singapura tapi kita mempunyai lebih banyak peluang apabila ramai yang mara ke final. Datuk Seri Johari Baharom Presiden NAAM

dititikber­atkan lagi. Saya akan bincang dengan jurulatih serta Majlis Sukan Negara bagaimana nak naikkan prestasi Malaysia agar ada peluang di Sukan Asia,” katanya.

Tiga daripada lima pingat emas skuad memanah hadir menerusi skuad compound dalam acara berpasukan lelaki, berpasukan wanita serta berpasukan campuran manakala dua lagi pingat emas adalah daripada skuad recurve (acara berpasukan lelaki dan berpasukan wanita).

Untuk rekod, skuad m e m a n a h b e r j a y a memecahkan empat rekod kebangsaan sekali gus meleburkan empat rekod kejohanan.

Rekod tersebut adalah dalam acara compound individu wanita melalui Fatin Nurfatehah Mat Salleh, acara recurve individu lelaki (Khairul Anuar Mohamad), recurve berpasukan lelaki ( Khairul Anuar, Haziq Kamaruddin, Muhd Akmal Nor Hasrin) dan recurve berpasukan campuran (Khairul Anuar, Nur Aliya Ghapar). — Bernama

 ?? — Gambar Berrnama ?? CEMERLANG: Fatin (tengah) bersama Mohd Juwaidi Mazuki meraikan kejayaan mara ke final pada acara Compound Berpasukan Campuran Sukan SEA KL2017 di Padang Sintetik Bukit Jalil pada 18 Ogos lepas.
— Gambar Berrnama CEMERLANG: Fatin (tengah) bersama Mohd Juwaidi Mazuki meraikan kejayaan mara ke final pada acara Compound Berpasukan Campuran Sukan SEA KL2017 di Padang Sintetik Bukit Jalil pada 18 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia