Utusan Borneo (Sarawak)

Aksi jurugambar cuit hati penonton

-

KUALA LUMPUR: Kejayaan Khairul Hafiz Jantan mencatat nama sebagai raja pecut Asia Tenggara yang baharu sememangny­a menjadi tumpuan, namun aksi jurufoto dan jurukamera yang ditugas merakam detik bersejarah itu turut mencuri hati penonton.

Antaranya aksi jurufoto Bernama, Ahmad Iskandar Kamaruzama­n, 31, yang mencuit hati penonton yang melihat kegigihan beliau mengejar pelari pecut itu sebaik meraih emas dalam acara 100 meter itu.

‘ Screengrab’ aksi beliau telahpun dikongsi di laman sosial Harimau Malaya dan telahpun menarik lebih daripada 8,000 reaksi dan 700 komen daripada netizen.

Ketika ditanya, apa yang membuatkan­nya melakukan aksi sedemikian, Iskandar berkata beliau tidak mahu melepaskan saat terbaik untuk merakam gambar yang akan menjadi sebahagian daripada sejarah Sukan SEA Kuala Lumpur ke- 29 ( KL2017) ini.

“Pada masa itu, saya sedang membawa dua kamera dan beberapa lensa yang beratnya 10 ke 15 kg... tapi apa yang terlintas di fikiran saya ketika itu adalah hanya ingin mendapat gambar yang terbaik untuk agensi saya,” katanya.

Aksi Iskandar berlari secara terbalik untuk mengejar dan merakamkan setiap aksi Khairul Hafiz yang sedang meraikan kemenangan­nya antara yang menerima komen positif netizen yang memuji ketabahan dan keazamanny­a untuk mendapatka­n gambar yang terbaik.

Shahrir Rahim dalam komennya di laman sosial berkata: “Saya dan anakanak menonton di hadapan tv. Terbaik abang foto. Terserlah kerja fotographe­r ini tak senang. Orang lari, mereka kena lari laju lagi”. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DETIK BERSEJARAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berswafoto dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Khairul Hafiz Jantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam...
— Gambar Bernama DETIK BERSEJARAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berswafoto dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Khairul Hafiz Jantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia