Utusan Borneo (Sarawak)

Badminton: Skuad wanita negara berikrar tebus duka di Singapura

-

KUALA LUMPUR: Peminat badminton berpeluang menyaksika­n ulangan final badminton pasukan wanita di Sukan SEA Singapura antara Malaysia dan Thailand pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

H a n y a t i n g g a l selangkah lagi buat pasukan wanita negara merampas kembali kilauanema­syangmenja­di milik Thailand apabila tewas 0-3 di Stadium Tertutup Singapura, dua tahun lepas.

Pada perlawanan di Arena Axiata, Bandar Sukan Kuala Lumpur semalam, Malaysia menang 3- 0 ke atas Indonesia untuk bertemu Thailand di final.

Pemain perseorang­an wanita negara, Soniia Cheah berkata beliau menjangkak­an saingan lebih sengit daripada pemain Thailand pada final hari ini berbanding ketika menentang Indonesia.

“Semalam memang agak sengit berbanding menentang Myanmar namun saya rasa lebih bersahaja dan menikmati perlawanan. Lawan saya juga beraksi dengan baik cuma saya berjaya atasi kesilapan lawan,” katanya kepada media selepas tamat perlawanan pertama menentang Fitriani Fitriani dengan kemenangan 21-17, 2117.

Kemenangan kedua buat pasukan negara adalah melalui beregu wanita Vivian HooWoon Khe Wei selepas pasangan Indonesia, Ni Ketut Mahadewi Istarani- Rosyita Eka Putri Sari menarik diri pada mata 7-5 akibat kecederaan.

Aksi bertenaga dan sengit antara Goh Jin Wei dan Hanna Ramadini yang berakhir dengan keputusan 21-16, 21-13 mengesahka­n tiket ke final buat Malaysia.

Thailand menewaskan Singapura 3-1 untuk ke aksifinaly­angdijadua­lkan 9 pagi hari ini.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat emas adalah pada 2009 di Laos. — Bernama

 ?? — Gambar Berrnama ?? GANDINGAN MANTAP: Khe Wei (right) dan Vivian Hoo mempamerka­n aksi bertenaga ketika beraksi menentang Myanmar pada perlawanan suku akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 22 Ogos 2017.
— Gambar Berrnama GANDINGAN MANTAP: Khe Wei (right) dan Vivian Hoo mempamerka­n aksi bertenaga ketika beraksi menentang Myanmar pada perlawanan suku akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil pada 22 Ogos 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia