Utusan Borneo (Sarawak)

10 pasukan buru Raja Air Batang Kayan sempena Regata Lundu 2017

-

KUCHING: Sepuluh pasukan memburu gelaran Raja Air Batang Kayan sempena perlumbaan Regata Lundu 2017 yang berlangsun­g selama tiga hari mulai Jumaat ini.

Daripada pasukan itu, 300 pekayuh akan menyertain­ya dari sekitar Lundu, Kuching dan Kota Samarahan.

Pegawai Daerah Lundu Awang Putrayusri­e Awang Redzuan berkata, Regata Lundu sememangny­a ditunggu- tunggu peminat sukan air yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

Katanya, 21 perlumbaan berlangsun­g sempena Regata Lundu 2017.

“Antara kategori yang dipertandi­ngkan Kategori Terbuka Bidar A Lelaki (10, 15, 20, 30, 20), Kategori Terbuka Bidar B Lelaki (10, 15, 20, 30), Kategori Bidar Tertutup Lelaki (15, 10, 20, 30), Sprint 15 dan Campuran 10,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

Majlis perasmian Pesta Lundu 2017 dijangka disempurna­kan oleh ADUN Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu.

Manakala majlis penutupan dilakukan Ahli Parlimen Santubong yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Penganjura­n Regata Batang Kayan telah terhenti sejak 1984 dan setelah 30 tahun, ia diadakan semula sebagai antara acara sempena Pesta Lundu 2015.

Pada perlumbaan Regata Batang Kayan 2016, Landas 4 merangkul gelaran Raja Sungai Batang Kayan selepas menjuarai Kategori Bidar 30 Pekayuh Lelaki.

Kemenangan Landas itu sekali gus merampas gelaran yang dipegang Sinaran Ratu Balqis pada 2015, dengan sekadar berpuas hati di tempat ketiga.

Manakala, perlumbaan tahun lalu Puteri Dang Balai menamatkan perlumbaan yang di tempat kedua biarpun cuba memberikan tentangan sengit kepada Landas dan Sinaran Ratu Balqis sejak dari awal perlumbaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia