Utusan Borneo (Sarawak)

SSC anjur jerayawara cari atlet berpotensi berbasikal

-

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) sedang mengadakan jerayawara di seluruh negeri untuk mencari atlet berpotensi dalam sukan berbasikal dalam misi menjadikan Sarawak kuasa sukan berkenaan.

Program berkenaan, Jerayawara Berbasikal Sarawak yang telah bermula di Sibu pada minggu lepas akan diteruskan di Miri pada Sabtu ini (26 Ogos) sebagai usaha memberi peluang kepada semua atlet di setiap bahagian negeri menyertai program latihan intensif tersebut.

Sehubungan itu, SSC dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) mempelawa peminat sukan berbasikal berusia bawah 20 tahun untuk menyertai sesi ujian yang akan diadakan di Stadium Miri bermula dari 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Baju-T terhad akan diberikan kepada semua peserta yang turut serta pada hari tersebut.

Jurulatih basikal Sarawak, Leon Schepers yang akan mengetuai sesi ujian itu berkata jerayawara itu bertujuan melatih atlet baru sebagai persediaan mereka menghadapi Sukan Sarawak (SukSar) 2017 bagi zon mereka dan SUKMA 2018.

“Jerayawara di Sibu yang baru diperkenal­kan buat pertama kalinya merupakan satu kejayaan dan sejajar dengan visi Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah untuk menjadikan Sarawak kuasa dalam sukan berbasikal.

“Kita juga dalam proses mencari indidvidu yang berminat untuk dilatih sebagai jurulatih di setiap bahagian,” katanya semalam.

Menurutnya, seramai 29 bakat baru berjaya dicungkil semasa jerayawara di Sibu.

Tambah beliau, daripada jumlah itu, seramai 12 atlet lelaki dan lapan wanita akan dipilih sebagai wakil Sibu pada SukSar 2017.

“Kita juga menemui tiga individu yang menyatakan minat untuk menjadi jurulatih di Sibu. Kesemua mereka ini akan mendapat latihan dari saya di mana kem latihan pertama akan diadakan pada 30 Ogos hingga 2 September.

“Saya amat gembira dengan program di Sibu dan akan terus mengadakan program sama untuk mencungkil dan membentuk seberapa ramai atlet berbasikal sebagai persiapan menghadapi SUKMA 2018.

“Hanya atlet yang terbaik dan bersedia menjalani latihan dengan serius akan dipilih mewakili Sarawak pada SUKMA kelak,” tegas Leon.

Ketika ini, jurulatih kelahiran Afrika Selatan sudah mempunyai atlet di Lundu, Bintulu, Miri, Kuching dan Sibu yang telah mengikuti program latihan.

Mereka yang berminat untuk mengikuti sesi ujian di Miri boleh berhubung dengan Linda Ling (013-8101998) atau 085-420708 untuk pertanyaan lanjut.

 ??  ?? SEMANGAT KERJASAMA: malam. Jawatankua­sa Pesta Lundu 2017 merakamkan gambar kenangan di Tebingan Waterfront Lundu se-
SEMANGAT KERJASAMA: malam. Jawatankua­sa Pesta Lundu 2017 merakamkan gambar kenangan di Tebingan Waterfront Lundu se-
 ??  ?? TELITI: Leon (dua kiri) dan penolongny­a Mrtle Patricia (kanan) memeriksa basikal salah seorang peserta yang mengikuti ujian di Sibu baru-baru ini.
TELITI: Leon (dua kiri) dan penolongny­a Mrtle Patricia (kanan) memeriksa basikal salah seorang peserta yang mengikuti ujian di Sibu baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia