Utusan Borneo (Sarawak)

Kualiti tanaman di CPPC setanding import

-

KUALITI sayur-sayuran serta buah-buahan yang dihasilkan di Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) di Kinta Highlands dekat Ipoh setanding dengan luar negara, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata CPPC kelolaan Agroto Business (M) Sdn Bhd menepati piawaian tinggi yang ditetapkan selain menggunaka­n teknologi canggih tanpa menjejaska­n alam sekitar.

“Penggunaan teknologi pertanian moden dari Denmark dan Itali berkaitan kaedah fertigasi dan pembenihan menjadikan mutu hasil tanaman Agroto cukup berkualiti dan baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian CPPC di Ipoh kelmarin. Majlis itu disempurna­kan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Antara tanaman yang dikeluarka­n di Agroto termasuk kubis, timun Jepun, tomato dan ‘Green and Red Coral House’.

Menurut Zambry, penggunaan teknologi canggih di premis berkeluasa­n 60,000 kaki persegi itu dijangka mampu mengeluark­an hasil sehingga 200 tan metrik sehari atau 6,000 tan metrik sebulan dalam tempoh dua tahun akan datang.

“Secara purata, ketika ini kira-kira 50 tan metrik sayur dibawa turun dari pusat berkenaan setiap hari untuk pasaran tempatan dan eksport.

“Pada mulanya kita terpaksa mendapatka­n hasil sayuran yang berkualiti tinggi seperti timun, tomato hingga berbilion ringgit, jadi dengan adanya Agroto ia dapat mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap hasil pertanian yang diimport.

“Sehingga kini, terdapat banyak produk Agroto dijual dalam rangkaian pasar raya besar, outlet makanan seperti Secret Recipe, KFC dan Burger King selain dihantar ke Singapura,” katanya.

Dalam pada itu, Zambry berkata CPPC juga sesuai dijadikan model pembanguna­n tanah tinggi kerana ia adalah yang terbesar seumpamany­a di negara ini.

Beliau turut menarik perhatian apabila berkata kerajaan negeri tidak berhasrat untuk membuka kawasan pertanian di tanah tinggi negeri ini bagi mengelak masalah pencemaran jika gagal dikawal.

“Kerajaan negeri juga mengambil maklum dan menerima nasihat Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memastikan kawasan tanah tinggi dijaga dengan baik kerana ia alam yang indah di Perak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Sultan Nazrin mendengar penerangan mengenai ladang salad daripada Zambry selepas menyempurn­akan perasmian Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) Agroto Business (M) Sdn Bhd di Kinta Highlands, KM19 Jalan Simpang...
— Gambar Bernama PENERANGAN: Sultan Nazrin mendengar penerangan mengenai ladang salad daripada Zambry selepas menyempurn­akan perasmian Pusat Pengumpula­n, Pemprosesa­n dan Pembungkus­an (CPPC) Agroto Business (M) Sdn Bhd di Kinta Highlands, KM19 Jalan Simpang...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia