Utusan Borneo (Sarawak)

Menarik di PAWAGAM

-

Judul: Abang Long Fadil 2 Bahasa: Melayu Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017 Genre: Aksi / Komedi Durasi: 1 Jam 35 Minit Pengedar: Astro Shaw Pelakon: Zizan Razak, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Wak Doyok, Achey Bocey, Shuib Sepahtu Pengarah: Syafiq Yusof Format: 2D

Sipnosis ~ Fadil mendapati dirinya terjerumus ke dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Namun masalah mula timbul apabila Fadil telah disalah anggap oleh Inspektor Wahab dan Inspektor Shuib sebagai pembunuh upahan yang dikenali sebagai Tiger. Masalah makin bertambah teruk apabila ia turut melibatkan seorang wartawan TVKL bernama Yana yang membuat liputan kes-kes pembunuhan yang dilakukan oleh Tiger. Kini Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Untuk membersihk­an namanya dan membuktika­n dia tidak bersalah, Fadil perlu mencari identiti sebenar Tiger.

Judul: Gintama Bahasa: Jepun Klasifikas­i: P13 Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2017 Genre: Aksi / Komedi Durasi: 2 Jam 10 Minit Pengedar: TGV Pictures Pelakon: Shun Oguri, Masaki Suda, Kanna Hashimoto, Masami Nagasawa, Masaki Okada, Tsuyoshi Muro Pengarah: Yuichi Fukuda Format: 2D

Sipnosis ~ Dalam dunia di mana Jepun telah dijajah oleh makhluk asing yang digelar Amanto, seorang samurai bernama Sakata Gintoki mencari rezeki dengan bekerja secara separuh masa dengan Shinpachi Shimura, seorang remaja yang menyertai Gintoki dengan harapan dapat mempelajar­i sesuatu untuk menjadi seorang samurai terhandal. Mereka bekerjasam­a dengan Kagura, seorang makhluk asing perempuan dari puak Yato yang merupakan bangsa Amanto yang paling kuat dan ganas.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia