Utusan Borneo (Sarawak)

Shelly nyanyi lagu pilihan ibu di pentas Bintang Kecil Zon Sarawak, Sabtu ini

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Finalis Bintang Kecil ke-31 Zon Sarawak 2017, Mayshelly Dviveoly Markury, 10 tahun berlinanga­n air mata apabila terkenangk­an ibunya sewaktu memperkena­lkan diri di sidang media Bintang Kecil Zon Sarawak 2017 yang diadakan di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di sini kelmarin.

Mayshelly atau lebih senang disapa sebagai Shelly berasal dari Kampung Batu Danau, Limbang sebak sewaktu menyanyika­n lagu ‘Standing In The Eyes of The World’ dendangan Ella.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua beliau berjauhan daripada ibunda tersayang untuk menyertai Bintang Kecil ke-31 Zon Sarawak 2017 selepas berjaya sewaktu sesi uji bakat yang dijalankan di Auditorium RTM, Limbang sebelum ini.

Anak keempat daripada lapan adik-beradik itu yang hanya ditemani pakciknya berkata ibunya yang banyak memberi dorongan kepadanya untuk menyanyi sejak berusia 8 tahun.

“Ibu suruh saya menyanyi pada masa itu, lagu yang sama ‘Standing In The Eyes of The World’ walaupun saya meminati Siti Nurhaliza,” katanya ketika ditanya mengapa beliau sebak secara tibatiba.

Ditanya lagi mengapa meminati Datuk Siti Nurhaliza, beliau menjelaska­n bahawa idolanya itu merupakan seorang artis yang serba boleh.

Beliau juga akan mendendang­kan sebuah lagu berbahasa Inggeris ‘Let It Go’ dendangan Idina Menzel.

Sebelum ini, Shelly pernah menjadi tiga kali johan pelbagai pertanding­an menyanyi antaranya Pertanding­an Nyanyian Peringkat Sekolah dan Daerah (ASAT) 2016, Lagu Patriotik dan Nyanyian Lagu Tradisiona­l 2016.

Finalis lain yang akan turut sama berentap di pentas Bintang Kecil ke-31 Zon Sarawak 2017 yang akan diadakan di Auditorium P.Ramlee di sini pada Sabtu ini (26 Ogos 2017) adalah Cameiellya Edward, 11 tahun (Bintangor), Nur Ain Nadzirah Ahmad Safrie, 11 tahun (Kuching), Siti Nur Aisyah Mat, 11 tahun (Pusa, Betong), Syauqi Imani Ibrahim, 11 tahun (Sibu), Nor Mohamed Muzaid, 10 tahun (Spaoh, Betong), 10 tahun.

Pihak RTM sebelum ini telah menjalanka­n uji bakat di tujuh buah tempat di seluruh negeri sejak April melibatkan 149 orang peserta.

Peserta yang berjaya merangkul gelaran johan akan mewakili Bintang Kecil ke-31 Zon Sarawak 2017 ke peringkat kebangsaan bermula 12 November sehingga 4 Disember nanti.

 ??  ?? BERBAKAT: Shelly antara peserta Bintang Kecil ke-31 Zon Sarawak 2017 yang mempunyai vokal mantap.
BERBAKAT: Shelly antara peserta Bintang Kecil ke-31 Zon Sarawak 2017 yang mempunyai vokal mantap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia