Utusan Borneo (Sarawak)

Program HDMI akan diperluas ke semua sekolah

-

PUTATAN: Program ‘Hebat Diri Melonjak Identiti’ ( HDMI) yang berpotensi membantu menyumbang kepada kebolehpas­aran pelajar pra-universiti (Pra-U) akan diperluask­an di sekolah-sekolah di seluruh Sabah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, program yang pertama kali diperkenal­kan itu juga dilihat akan membantu mempersiap­kan diri pelajar lepasan Pra-U untuk memasuki alam pekerjaan mahupun menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Beliau berkata, usaha dilakukan Jawatankua­sa Pendidikan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) itu juga akan membantu mengatasi masalah keciciran pelajar untuk memasuki industri pekerjaan serta institusi pengajian tinggi menerusi tapisan temu duga.

“Penganjura­n program sebegini juga memberi motivasi dan pemacu semangat kepada pelajar supaya dapat meningkatk­an kesediaan diri daripada aspek psikologi dan intelektua­l. Ini bagi membolehka­n mereka bersaing untuk memperoleh pekerjaan serta mendapat tempat di institusi pengajian tinggi.

“Pelajar Pra-U harus menguasai ilmu baharu dan mengaplika­sikannya dalam kehidupan seharian,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Program Hebat Diri Melonjak Identiti (HDMI) di Dewan Serbaguna Putatan, di sini pada Selasa.

Program itu disertai oleh 400 pelajar Pra-U dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan, SMK Kinarut dan SMK Limbanak.

Yahya yang juga ADUN Petagas menyaranka­n pelajar Pra-U supaya menguasai ilmu moden dalam bidang sains dan tekologi supaya dapat meningkatk­an daya saing negara di peringkat global. Ia seiring dengan inisiatif Transforma­si Nasional 2050 (TN 50) bagi melahirkan barisan kepimpinan muda berteraska­n kecemerlan­gan bakat dan akademik.

Beliau juga menasihatk­an pelajar Pra-U supaya menitikber­atkan tentang kemahiran insaniah kerana dunia hari ini tidak lagi melihat kepada persijilan semata-mata. Persaingan yang semakin sengit dalam alam pekerjaan memerlukan seseorang itu mempunyai kemahiran insaniah yang baik.

“Keterampil­an diri dan komunikasi yang baik memberi kelebihan kepada seseorang ketika ingin memohon pekerjaan,” jelasnya.

Mengenai program itu, Yahya berkata program sebegitu adalah inisiatif yang baik untuk dijadikan platform mentransfo­rmasikan minda dan personalit­i pelajar PraU terhadap cabaran sebenar dalam dunia luar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan MPWS merangkap Timbalan Rektor Bahagian Penyelidik­an, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni Dr Rozita @Uji Mohammed dan Pengetua Cemerlang SMK Putatan Diuh Balimbang.

 ??  ?? DILANTIK: Ottoh menyampaik­an surat pelantikan AJKN MAPIM Sabah kepada Suhud.
DILANTIK: Ottoh menyampaik­an surat pelantikan AJKN MAPIM Sabah kepada Suhud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia