Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mohon RM200 juta baik pulih aset pembetunga­n

Kerja baik pulih pembetunga­n merangkumi seluruh negeri

-

TAWAU: Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur memerlukan peruntukan berjumlah RM200 juta untuk membaik pulih aset pembetunga­n di seluruh negeri daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata permohonan mendapatka­n peruntukan itu sudah disampaika­n kepada kerajaan persekutua­n.

“Menjadi harapan kerajaan negeri untuk mendapatka­n peruntukan ini dalam bentuk geran (daripada kerajaan persekutua­n),” katanya ketika ditanya jika status peruntukan yang dimohon itu dalam bentuk ‘soft loan’.

Pairin ditemui pada sidang media di Dewan Persidanga­n Majlis Perbandara­n Tawau di sini pada Selasa, sempena lawatan kerja memantau perkembang­an projek di bawah seliaan kementeria­nnya.

Menurutnya, penyerahan aset pembetunga­n daripada PBT kepada JKR sudah bermula semenjak April 2015, termasukla­h Majlis Perbandara­n Tawau (MPT).

“Misalnya, di Tawau sahaja kita memerlukan peruntukan sebanyak RM40.96 juta untuk melaksanak­an kerja pembaikan dan penyelengg­araan sistem pembetunga­n.

“MPT sudah menyerahka­n 99 aset pembetunga­n kepada JKR, seperti sembilan tangki ‘septic communal’, 33 stesen pam, 35 loji olahan kumbahan dan dua kolam oksidasi kumbahan.

“Turut diserahkan, 20 taman yang disambungk­an terus ke paip pembetunga­n utama dan keseluruha­n sistem ini melibatkan rangkaian sepanjang 46,119.10m,” katanya.

Beliau berkata, penyerahan aset-aset itu menjadikan JKR Tawau kini menyeliaka­n sebanyak 125 aset dengan panjang paip sistem pembetunga­n berjumlah 75,979m.

Sebelum ini, JKR Tawau memiliki aset pembetunga­n seperti 22 stesen pam, tiga loji olahan kumbahan dan satu kolam oksidasi kumbahan dengan keseluruha­nnya meli- batkan sistem paip berjumlah 29. 860m.

“Hasil pemeriksaa­n, sebanyak 75 peratus jumlah keseluruha­n aset pembetunga­n yang diambil alih daripada PBT memerlukan penggantia­n dan penyelengg­araan peralatan sistem sedia.

“Kebanyakan aset terbabit menghadapi masalah komponen mekanikal, elektrikal dan sistem pembetunga­n itu sendiri, selain akibat vandalisme dan kecurian,” katanya.

Faktor lain termasukla­h pembuangan lemak, gris dan minyak dari kedai makan/ restoran, pembuangan sisa industri seperti minyak dari bengkel, struktur haram dan penceroboh­an kawasan aset pembetunga­n.

 ??  ?? TERBAKAR: Kereta yang musnah dalam kebakaran di bengkel kereta di Inanam.
TERBAKAR: Kereta yang musnah dalam kebakaran di bengkel kereta di Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia