Utusan Borneo (Sarawak)

PHKS harap 9,000 kupon bazar terjual, bantu pesakit memerlukan

-

KOTA KINABALU: Persatuan Hemodialis­is Kinabalu Sabah (PHKS) berharap dapat menjual kira-kira 9,000 set kupon bazar pada Bazar Amal 2017 PHKS.

Pengerusi penganjur Bazar Amal 2017 Simon Tan berkata, hasil daripada penjualan kupon bazar berkenaan adalah untuk kegunaan pusat operasi PHKS dan membantu pesakit yang memerlukan.

“Kami berharap dapat mengumpul lebih banyak dana dengan menjual kira-kira 9,000 set kupon bazar pada harga RM50 setiap satu.

“Ia adalah untuk mengumpulk­an dana sebanyak RM450,000 dan mungkin lebih banyak lagi dengan mendapatka­n sokongan serta sumbangan daripada orang ramai.

“Di samping itu, ia adalah untuk mengumpulk­an dana bagi kegunaan operasi dan bantuan bayaran rawatan lanjut pesakit yang memerlukan. Kami juga membuat beberapa jualan pada bazar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bazar Amal 2017 PHKS di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Simon berkata Bazar Amal 2017 PHKS akan diadakan pada 8 Oktober sempena sambutan ulang tahun ke-12 PHKS yang mula ditubuhkan pada 2005.

Katanya, acara berkenaan akan diadakan di Dewan Badminton Kompleks Sukan Likas bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

“Melalui penganjura­n ini, kami menjangkak­an lebih 1,000 pembeli kupon, penaja, peniaga, sukarelawa­n dan pesakit akan menyertain­ya,” katanya.

Menurutnya, kupon boleh diperoleh di EWest Luyang, Venition, Cempaka Square, BC Bistro, The Cruise Cafe LLounge, Runway Cafe Tanjung Aru, Airways Putatan, Jack & Pot Cafe, Arriva Cafe Lintas, Cherry Restaurant dan TNGC Beverly.

Pada bazar amal berkenaan, pelbagai acara lain turut dijalankan bagi memeriahka­n lagi suasana.

“Terdapat pertanding­an kostum, persembaha­n pentas, gerai makanan, karnival permainan yang menyeronok­kan, pemeriksaa­n kesihatan percuma dan derma darah.

“Selain itu, Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Tanjung Aru akan turut serta untuk tahun keempat menjayakan acara ini dengan mengadakan pemeriksaa­n kesihatan percuma dan kempen derma darah yang dinamakan JCI Tanjung Aru Red Saver Blood Donation Drive,” katanya.

Turut hadir, naib pengerusi penganjur Bazar Amal 2017 Telcadora James serta Penasihat Satu Jawatankua­sa Penganjur dan Penasihat Tiga Jawatankua­sa Penganjur Mervin Lu.

 ??  ?? KUMPUL DANA: Simon (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa penganjur Bazar Amal 2017.
KUMPUL DANA: Simon (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama jawatankua­sa penganjur Bazar Amal 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia