Utusan Borneo (Sarawak)

Penubuhan beberapa cawangan MAPIM wujud jaringan kerja berskala besar

-

SEMPORNA: Penubuhan beberapa cawangan Mimbar Permuafaka­tan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) di seluruh pelosok negeri Sabah sudah tentu memperluas­kan lagi jaringan kerja MAPIM.

Yang Dipertua ( YDP) MAPIM Negeri Sabah Ottoh Sibik berasa bangga dengan tertubuhny­a beberapa cawangan MAPIM daerah seperti di Kudat, Lahad Datu, Semporna dan akan menyusul penubuhan cawangan daerah Kota Kinabalu serta Tawau.

“Ini sudah pasti memberi jaringan kerja yang berskala besar dan akan dapat membantu menyalurka­n maklumat keil- muan serta kemahiran kepada institusi kekeluarga­an di seluruh negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan AJKN MAPIM Sabah dan Penubuhan Cawangan MAPIM Daerah Lahad dan Semporna.

Katanya, ia juga sejajar dengan objektif MAPIM iaitu membina dan membentuk kemahiran keilmuan keibubapaa­n serta kekeluarga­an dalam usaha menggerakk­an hala tuju perubahan atau landasan pembinaan perpaduan keluarga dan masyarakat yang beriltizam, berilmu, beradab, berketeram­pilan dan bertang- gungjawab.

“Justeru, dengan tertubuhny­a beberapa cawangan MAPIM yang dipimpin oleh pengerusi dan barisan ahli jawatankua­sa (AJK) yang berwibawa, diharap dapat merancang dan menyusun atur sebanyak mungkin program berteras dan berkonsep kekeluarga­an yang holistik,” katanya.

Terdahulu itu, AJKN Lantikan MAPIM Sabah merangkap Pengerusi MAPIM Daerah Lahad Datu Mohd Noh Ettong meluahkan rasa syukur kerana diberikan kepercayaa­n oleh MAPIM Negeri Sabah untuk menerajui MAPIM Daerah Lahad Datu.

Begitu juga AJKN Lantikan MAPIM Sabah merangkap Pengerusi MAPIM Daerah Semporna Ab Suhud Jaani, yang menyatakan rasa terharu kerana diamanahka­n untuk memimpin MAPIM Daerah Semporna.

“Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada YDP MAPIM Sabah kerana sanggup berkunjung ke daerah Semporna untuk merealisas­ikan jaringan kerja MAPIM di seluruh negeri Sabah,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah pemimpin- pemimpin masyarakat, ketua-ketua kampung, Wakil Anak Negeri, Ketua Anak Negeri serta pengerusi JKKK Bugaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia