Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat perlu bajet inovasi walaupun pada masa sukar

Aktiviti inovatif boleh menambah baik kedudukan syarikat

-

KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia perlu menyediaka­n peruntukan tertentu daripada perancanga­n perbelanja­an mereka untuk inovasi walaupun pada masa sukar.

Ketua Pegawai Operasi Agensi Inovasi Malaysia (AIM) Abdullah Arshad berkata ini bertentang­an dengan amalan yang biasa dilakukan dalam syarikat pada masa ini yang meninggalk­an inovasi apabila keuntungan tidak mencatat prestasi yang baik, menumpukan kepada kelangsung­an hidup dan tidak merancang untuk masa depan.

“Tidak kira apa juga keadaan, mereka perlu memperuntu­kkan bajet bagi aktiviti inovatif supaya mereka boleh terus menambah baik kedudukan mereka,” katanya kepada Bernama di luar Asian Institute of Finance Internatio­nal Symposium 2017 di sini semalam.

Beliau berkata langkah itu merupakan antara cara bagi syarikat untuk memacu pada masa sukar.

“Kita perlu mencari cara untuk menjadikan­nya lebih baik. Kita perlu inovasi. Itu sebabnya syarikat inovatif lebih berdaya tahan dan mampan, disebabkan mereka terus menambah baik dengan idea baharu,” katanya.

Abdullah berkata dengan kadar perubahan yang cepat dalam teknologi inovatif dan revolusi industri keempat yang akan datang, industri yang tidak menambah baik kedudukan mereka akan ‘mati’.

‘Dengan revolusi industri keempat, banyak perkara akan berubah terutamany­a dalam industri pembuatan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya inovasi masih bukan agenda bagi syarikat Malaysia berikutan mereka lebih berminat menjadi pengikut berbanding sebagai pencipta dan tenaga buruh murah menjadi satu lagi faktor sebab syarikat tidak mempertimb­angkan inovasi dengan serius.

Abdullah berkata pemimpin industri perlu menerajui dalam memupuk budaya inovasi berdasarka­n keupayaan mereka dari segi kedudukan kewangan dan sumber.

“Mereka perlu mulakan dahulu,” katanya, sambil menambah industri di Malaysia yang telah melakukan inovasi adalah termasuk perkhidmat­an, perubatan, perhotelan dan komoditi.

Industri berasaskan getah dan minyak sawit telah melakukan banyak inovasi, dipacu oleh penyelidik bertaraf dunia, katanya.

Bertemakan, “Bakat dan Inovasi: Meningkatk­an Produktivi­ti dan Prestasi”, simposium tersebut menghimpun­kan kira- kira 200 peserta, tempatan dan asing, membincang­kan pelbagai isu termasuk inovasi dan teknologi inovatif. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia