Utusan Borneo (Sarawak)

BNM jalankan operasi serbu premis perniagaan wang haram

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia ( BNM) menyerbu lima premis yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perniagaan Perkhidmat­an Wang 2011 (MSBA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktviti Haram 2001 (AMLATFA).

Dalam satu kenyataan semalam, bank pusat itu berkata serbuan itu dilakukan di Perak, Pahang dan Negeri Sembilan pada 17 Ogos lepas.

“Semasa serbuan, bank negara merampas dokumen, tunai, serta mata wang asing dari premis DJ Travel & Tour Sdn Bhd di Lumut dan Sitiawan, Fathima Warisan Enterprise di Giant Supermarke­t, Senawang, dan Habeeb Textiles di Kuantan dan Muadzam Shah,” katanya.

Empat pendatang asing tanpa izin yang menjaga premis tersebut juga ditahan oleh Jabatan Imigresen.

BNM berkata serbuan itu merupakan antara langkah berterusan Bank Negara Malaysia untuk membantera­s kegatan pertukaran wang dan kiriman wang haram dalam negara.

Ia berkata mana- mana orang atau syarikat yang menjalanka­n aktiviti perniagaan perkhidmat­an wang, seperti aktiviti pengurupan dan pengiriman wang tanpa lesen, melakukan kesalahan mengikut seksyen 4(1) MSBA dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM5 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Individu yang disabitkan kesalahan mengikut seksyen 4(1) AMLATFA boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai perolehan aktiviti atau instrumen yang menyalahi undang-undang pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

BNM menasihati orang ramai supaya hanya berurusan dengan pengusaha perniagaan perkhidmat­an wang berlesen, yang boleh dikenal pasti menerusi logo rasmi Persatuan Perniagaan Perkhidmat­an Wang Malaysia (MAMSB) yang dipamerkan di kaunter.

Senarai pengendali perniagaan perkhidmat­an wang berlesen juga disediakan di laman web BNM di www. bnm.gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia