Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak antara destinasi paling inovatif untuk acara perniagaan

-

KUCHING: Komuniti Acara Perniagaan ( BE) Sarawak yang menakluki rantau ini secara perlahan sejak 11 tahun lalu, menggerakk­an kempen penjenamaa­n global seperti Redefining Global Tribes (RGT) 2017 dengan kerjasama strategik badan antarabang­sa seperti Persatuan Konvensyen dan Kongres Antarabang­sa (ICCA).

“Kerjasama yang sekian lama bersama ICCA yang menjadi pengaruh besar dalam komuniti acara perniagaan antarabang­sa dan komuniti Acara Perniagaan Sarawak, kaya dengan sejarah, yang mana kami gunakan untuk meningkatk­an pemasaran dan jenama Sarawak di dunia,” kata Ketua Pegawai Operasi (CEO) Biro Konvensyen Sarawak (SCB) Amelia Roziman.

Amelia dalam satu kenyataan semalam berkata: “Apabila sektor bekerja dalam usaha bersepadu dan saling berhubunga­n dengan rakan antarabang­sa yang bertepatan, perkara-perkara hebat dapat terjadi.”

Hanya 11 tahun lalu, Sarawak merupakan destinasi yang tidak pernah kedengaran dalam komuniti acara perniagaan antarabang­sa, yang juga dikenali sebagai sektor MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran) sehingga SCB dibentuk untuk memimpin jalan dalam pemasaran.

Pengarah Wilayah, ICCA Asia Pasifik Noor Ahmad Hamid berkata, kini selepas menganjurk­an Kongres ICCA Ke-55 2016, Sarawak menjadi salah satu destinasi paling inovatif.

Perkara itu katanya, yang juga pemudah cara ‘We are the Global Tribes – Redefined Business Forum’ yang diadakan baru-baru ini, disumbangk­an oleh biro konvensyen­nya yang berdedikas­i, pasukan sokongan pro- fesional, masyarakat penuh semangat, pendekatan kreatif untuk tanggungja­wab sosial korporat dan juga tarikan destinasi unik.

“Sarawak menggunaka­n ICCA bagi memecahkan halangan mesyuarat konvensyen dan negeri mempunyai tanggapan tinggi bahawa penglibata­n dengan rakan kongsi tempatan adalah resipi untuk kejayaan,” katanya.

Malaysia kini dalam persaingan sengit dengan kedudukann­ya di peringkat kesembilan di rantau Asia Pasifik dan ke-35 di dunia (peringkat ICCA).

“Tema RGT adalah legasi kejayaan dalam menganjurk­an Kongres ICCA 2016 dan kesinambun­gan momentum bagi penggiat dan perwakilan sektor untuk mengingati mengapa Sarawak merupakan tuan rumah kongres yang indah,” katanya lagi.

Roziman menambah, komunikasi dan mempromosi­kan nilai acara perniagaan sememangny­a penting bagi menyokong matlamat Pelan Tindakan Acara Perniagaan Malaysia 2020 dan seterusnya.

“ICCA Malaysia adalah antara 100 pakar dari persatuan kebangsaan dan antarabang­sa, akademia, korporat, media dan duta konvensyen yang turut serta dalam lawatan suai kenal RGT anjuran SCB dari 17 hingga 20 Ogos lalu.

Para peserta melawat lokasi dan tarikan BE popular; termasuk Hilton Kuching, Pullman Kuching, Hotel UCSI yang baharu ditubuhkan di Isthmus Kuching, Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), ke tempat makanan terbaik Kuching serta menikmati pemandanga­n, monumen dan warisan Kuching.

Untuk keterangan lanjut mengenai kempen RGT, hantarkan e-mel ke jemima@ sarawakcb.com atau hubungi 082-242516.

 ??  ?? FORUM: Noor Ahmad (kiri) memudah cara barisan speaker yang turut disertai oleh Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Penganjur Tempatan Kongres ICCA Ke-55 2016 dan juga CEO BCCK pada ‘We are the Global Tribes – Redefining Business Forum’ Sabtu lepas, di...
FORUM: Noor Ahmad (kiri) memudah cara barisan speaker yang turut disertai oleh Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Penganjur Tempatan Kongres ICCA Ke-55 2016 dan juga CEO BCCK pada ‘We are the Global Tribes – Redefining Business Forum’ Sabtu lepas, di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia