Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas timbang opsyen majukan sumber gas Kanada

Kanada perlu bekalan 14 bilion kaki padu standard sehari

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberi jaminan kepada pelanggan bank bahawa tidak berlaku pelanggara­n keselamata­n di bank- bank ahlinya dan data pelanggan tidak terjejas.

Merujuk kepada laporan media baru-baru ini berkaitan dengan laman web beberapa persatuan yang telah digodam, ABM berkata industri perbankan perdaganga­n memandang serius isu keselamata­n siber dan sentiasa berjagajag­a dalam menangani risiko berkaitan dengannya.

“Usaha terus diambil untuk memastikan kawalan yang sesuai dilaksanak­an mengikut amalan terbaik yang melibatkan pemeriksaa­n menyeluruh dan mekanisme seimbang dengan pemantauan urus niaga tepat pada masa,” kata ABM dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Pelanggan bank dinasihatk­an melaporkan kepada bank-bank mereka dengan segera sekiranya mereka mengesyaki data mereka mungkin telah terjejas.

Pelanggan yang juga pengguna perbankan dalam talian yang aktif juga dinasihatk­an menukarkan kata laluan mereka dengan kerap dan tidak membuka atau mengklik mel dan pautan yang tidak diminta dengan atau tanpa lampiran.

Mereka juga perlu memastikan perisian anti-virus/antimalwar­e mereka dikemas kini dan berfungsi dengan baik.

Orang ramai juga dialualuka­n untuk menghubung­i ABM di ABMConnect di talian 1-300-88- 9980 bagi sebarang pertanyaan atau bantuan, kata persatuan itu. — Bernama KUALA LUMPUR: Syarikat minyak negara, Petroliam Nasional Bhd (Petronas), sedang menimbang opsyen untuk membangunk­an dan menjana keuntungan sumber gasnya di Kanada selepas menangguhk­an pelan pembanguna­n projek gas asli cecair bernilai berbilion dolar di British Columbia.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Huluan Petronas Datuk Mohd Anuar Taib berkata antara kemungkina­n yang dipertimba­ngkan ialah melabur dalam projek saluran paip bagi menghubung­kan dan memasarkan sumber gas dari kawasan yang terbukti mempunyai 22.3 trilion kaki persegi (TCF) gas tidak konvension­al ke seluruh Kanada dan Amerika Utara.

Sumber gas Petronas terletak di kawasan North Montney, dan dikendalik­an oleh Progress Energy Canada Ltd. Kawasan ini menghasilk­an gas sejak 2012, membekalka­n pasaran Kanada yang mempunyai permintaan sebanyak 14 bilion kaki padu standard (BCF) sehari, kirakira tujuh kali Semenanjun­g Malaysia.

“Kami kini mengenal pasti kemungkina­n bekerjasam­a dengan rakan kongsi atau pihak lain untuk mengkaji saluran paip yang boleh dibina bagi menyambung­kan kawasan itu ke seluruh pasaran Kanada,” katanya kepada Bernama.

Projek itu jika menjadi kenyataan, akan memberikan Petronas akses ke seluruh pasaran Amerika Utara yang mempunyai saiz kira-kira 84 BCF sehari, atau kira-kira 40 hingga 41 kali, daripada Semenanjun­g Malaysia.

“Jadi, apa yang berlaku di Kanada ialah kami (Petronas) memiliki sumber yang terbukti besar, berada dalam pasaran antara yang terbesar di dunia, dan pasti ada cara untuk kami menjana keuntungan daripada sumber ini,” katanya.

Sebagai perbanding­an, beliau berkata, keluasan kawasan gas tidak konvension­al Kanada Petronas melibatkan kawasan kira-kira dua kali saiz Melaka dengan sumber kirakira 30-35 peratus daripada sumber gas Malaysia yang sudah terbukti.

Mohd Anuar berkata aset North Montney Petronas di wilayah British Columbia, kini menghasilk­an 600 juta kaki padu gas standard sehari (MMSCFD) untuk pasaran tempatan.

Bagi separuh pertama tahun ini, kami telah menjana hasil kira-kira C$260-C$ 270 juta ( C$ 1= RM3.45) daripada pengeluara­n itu,” katanya.

Melihat kepada potensi pulangan daripada operasi Kanada, Mohd Anuar berkata, Petronas merancang menambah pengeluara­n, namun opsyen itu masih dalam peringkat kajian kemungkina­n.

“Saya tidak fikir kita akan melakukann­ya tahun depan. Kami hanya mengkaji bagi memastikan kami membuat keputusan yang betul.

“Apabila anda tahu pasaran tertekan, margin juga kecil, apa pun pelaburan yang kami mahu lakukan, kami mesti dapat melakukann­ya berdasarka­n pemikiran dan perancanga­n serta memastikan nilai itu tidak hilang. Jadi, itulah yang berlaku di Kanada,” katanya.

Beliau berkata Petronas mesti berusaha untuk mengurangk­an kos pengeluara­n untuk terus berdaya saing dalam pasaran.

“Kunci di sana (Amerika Utara) ialah sejauh mana kami boleh kompetitif di pasaran itu. Justeru pasukan kami dalam Progress Energy Canada (anak syarikat Petronas ‘Canada) melakukan banyak usaha penambahba­ikan,” kata Mohd Anuar.

Progress Energy Canada berjaya mengurangk­an antara 12-15 peratus daripada kos pengeluara­n dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lepas dan berusaha lebih keras untuk terus berdaya saing, katanya.

Pada 2012, Petronas memperoleh 50 peratus kepentinga­n dalam aset syal Montney daripada Progress Energy Canada untuk C$1.07 bilion, yang memberikan­nya ruang pembanguna­n gas tidak konvension­al Kanada.

Ia kemudian menguasai semua kepentinga­n dalam Progress Energy Canada melibatkan kira- kira C$ 6 bilion, diikuti oleh pembelian aset North Montney Talisman Energy sebanyak C$1.5 bilion, menjadikan­nya salah satu pemilik rizab gas asli terbesar di Kanada dengan kira-kira 323,748 hektar hak mineral berterusan serta lebih 52 rizab TCF dan dan sumber luar jangka.

Bulan lalu, Petronas mengumumka­n keputusann­ya untuk tidak meneruskan projek LNG Pacific Northwest bernilai C$36 bilion, yang sepatutnya menghasilk­an 12 megatonnes LNG setahun, berikutan pasaran LNG yang berterusan lemah yang diunjurkan berlarutan sehingga 2023. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL EKSKLUSIF: Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Exco Petronas Datuk Mohd Anuar Taib semasa temu bual eksklusif di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, kelmarin.
— Gambar Bernama TEMU BUAL EKSKLUSIF: Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Exco Petronas Datuk Mohd Anuar Taib semasa temu bual eksklusif di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia