Utusan Borneo (Sarawak)

Dana MTDC terajui pengembang­an perniagaan berteraska­n teknologi

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC) kini menerajui pengembang­an perniagaan berteraska­n teknologi di negara ini dengan memperuntu­kkan dana sebanyak RM264 juta dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) kepada 80 syarikat tempatan.

Ketua Eksekutif MTDC Datuk Norhalim Yunus berkata MTDC menumpukan dua industri utama iaitu automasi dan robotik sebagai pemangkin pertumbuha­n ekonomi seiring perkembang­an pembanguna­n teknologi di Malaysia.

“Dalam konteks pembanguna­n teknologi, MTDC beri lebih daripada dana. Ia turut melibatkan teknologi yang dibangunka­n oleh universiti dan institusi penyelidik­an tempatan, melibatkan pembanguna­n usahawan.

“Malah, pihak kami sentiasa membantu usahawan muda membangunk­an syarikat teknologi bagi berdiri teguh dan berjaya setanding syarikat-syarikat besar yang ada pada masa kini,” katanya pada temu bual eksklusif bersama Bernama.

Norhalim berkata MTDC memperuntu­kkan RM170 juta tahun ini untuk enam dana iaitu Dana Perolehan Teknologi, Dana Pengkomers­ialan Penyelidik­an dan Pembanguna­n (R&D), Dana Pembanguna­n Teknologi Halal, Dana Permulaan Per- niagaan, Dana Perkembang­an Perniagaan dan Dana Pengembang­an Perniagaan.

“Enam dana itu bertujuan meningkatk­an kandungan teknologi, keupayaan, kemampuan dan daya saing sesebuah syarikat yang menerima dana tersebut,” kata Norhalim.

Sebagai usaha berterusan, beliau berkata, sebuah Akademi Latihan Teknoprene­ur (TENTRA) ditubuhkan tahun ini bagi pengkomers­ialan teknologi.

Norhalim berkata akademi latihan itu bertujuan mengurangk­an kadar kegagalan perniagaan di kalangan usahawan, terutaman usahawan tekno.

“Di bawah TENTRA, kami akan memperting­katkan lagi penawaran melalui perkhidmat­an berpadanan teknologi, termasuk skim penempatan untuk pensyarah dan penyelidik yang ingin mendapatka­n pandangan industri mengenai pemindahan pengetahua­n dan pengkomers­ialan,” katanya.

Sementara itu, MTDC menyasarka­n lima syarikat teknologi disenaraik­an dalam Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) pada hujung 2017, seiring kemajuan pembanguna­n teknologi negara.

Beliau yakin sasaran itu mampu dicapai dan memastikan syarikat teknologi berkembang ke tahap yang lebih baik dengan menerima kehadiran pelabur di dalam syarikat tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia