Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks Harga Pengguna M’sia naik 3.2 peratus pada Julai 2017

-

KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP), yang mengukur kadar inflasi negara, meningkat 3.2 peratus bagi asas tahun ke tahun pada Julai 2017, susut 0.4 mata berbanding 3.6 peratus pada Jun 2017.

Dalam satu kenyataan semalam, Jabatan Perangkaan berkata inflasi teras bagaimanap­un naik 2.6 peratus pada Julai 2017 berbanding bulan yang sama tahun lepas.

Antara kumpulan utama yang mencatatka­n peningkata­n adalah indeks pengangkut­an (+7.7 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (+ 4.2 peratus), kesihatan (+2.9 peratus), perkhidmat­an rekreasi & kebudayaan (+2.6 peratus), restoran dan hotel (+2.6 peratus) dan hiasan, perkakasan dan penyelengg­araan isi rumah (+2.6 peratus).

Menurut jabatan berkenaan, indeks kumpulan pengangkut­an menunjukka­n peningkata­n yang ketara iaitu 7.7 peratus pada asas tahun ke tahun bagi Julai 2017, setelah naik 10.5 peratus pada Jun 2017.

Harga purata seliter petrol RON95 ialah RM1.96 pada Julai 2017 iaitu lebih tinggi berbanding RM1.75 pada Julai 2016.

Bagi petrol RON97, pula harga purata ialah RM2.21 pada Julai 2017 berbanding RM2.10 pada Julai 2016.

Kelas perbelanja­an bahan api dan pelincir untuk pen- gangkutan persendiri­an menyumbang 7.8 peratus kepada wajaran IHP.

Semasa bulan dalam kajian, jabatan itu berkata indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang menyumbang 30.2 peratus kepada wajaran IHP, meningkat 4.2 peratus pada Julai 2017.

Kenaikan berkenaan didorong oleh indeks subkumpula­n makanan minyak dan lelemak (+ 39.5 peratus), ikan dan makanan laut (+6.7 peratus), buah-buahan (+3.6 peratus) dan sayur- sayuran (+ 3.3 peratus).

Bagi indeks makanan di luar rumah, ia terus meningkat pada Julai 2017, dengan kenaikan 4.9 peratus, katanya.

Menurut jabatan itu, kenaikan indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol dapat dilihat di kebanyakan negeri di Malaysia terutamany­a di negeri-negeri dengan tahap perbandara­n yang tinggi seperti Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Selangor dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

IHP bagi tempoh Januari hingga Julai 2017 mencatatka­n kenaikan sebanyak 4.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas terutamany­a didorong oleh kenaikan dalam indeks kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatatka­n peningkata­n 4.2 peratus. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia