Utusan Borneo (Sarawak)

Taklimat industri kedua HSR pada 26 September

-

KUALA LUMPUR: MyHSR Corporatio­n Sdn Bhd (MyHSR Corp) dan Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat Singapura ( LTA) akan mengadakan taklimat kedua industri pada 26 Sept di London bagi meneruskan proses penglibata­n pasaran dalam projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur- Singapura (HSR).

Dalam satu kenyataan bersama semalam, MyHSR Corp dan LTA berkata taklimat tersebut akan memberikan maklumat tambahan dan terkini membabitka­n tender penubuhan syarikat aset persendiri­an yang dibiayai swasta (AssetsCo).

Ia juga akan menjawab pertanyaan utama yang dibangkitk­an oleh pasaran susulan taklimat pertama industri pada 5 Julai lepas di Singapura.

Sama seperti taklimat sebelumnya, program ini terbuka kepada entiti yang berkelayak­an, yang berminat untuk menyertai tender projek AssetsCo projek, yang akan dikeluarka­n pada akhir tahun.

AssetsCo akan bertanggun­gjawab mereka bentuk, membina, membiayai, mengendali­kan dan menyelengg­ara semua saham dan aset kereta api, termasuk kerja- kerja trek, tenaga, isyarat dan telekomuni­kasi.

Ia juga akan menyelaras keupayaan rangkaian sistem untuk keperluan operasi dan penyelengg­araan.

“Taklimat pertama industri disertai lebih 400 peserta daripada 165 entiti antarabang­sa dan tempatan, dan kami mengadakan perbincang­an mendalam dengan mereka.

“Kami akan menjemput pihak yang berminat untuk menghadiri taklimat kedua ini, memandangk­an sesi ini akan menyediaka­n pasaran dengan maklumat untuk membentuk perkongsia­n dan bersedia untuk memasuki tender AssetsCo,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp, Datuk Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

LTA dan MyHSR Corp bekerjasam­a rapat untuk terus membangunk­an parameter tender dan spesifikas­i teknikal, kata Ketua Eksekutif LTA, Ngien Hoon Ping.

“Kami mahu berkongsi maklumat baharu dengan pasaran, supaya pihak yang berminat lebih bersedia.

“Kami berharap dapat meneruskan dialog dengan industri pada September dan menerima tawaran berkualiti untuk tender AssetsCo,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia