Utusan Borneo (Sarawak)

Bukti DNA selamatkan lelaki disabit bunuh

-

CHICAGO: Gabenor Missouri, Eric Greitens, menghentik­an pelaksanaa­n hukuman mati ke atas seorang lelaki yang dijadual dimatikan kelmarin selepas disabit kesalahan atas tuduhan membunuh seorang wanita sewaktu satu rompakan, selepas peguamnya berkata bukti DNA baru-baru ini menunjukka­n dia tidak bersalah.

Greitens mengeluark­an penangguha­n hukuman bagi Marcellus Williams, 48 tahun, hanya empat jam sahaja sebelum dia dijadual mati menerusi suntikan maut di sebuah penjara kerajaan Bonne Terre bagi kematian bekas pemberita akhbar St Louis Post-Dispatch, Felicia Gayle, selepas ditikam dalam satu rompakan pada Ogos 1998 di rumahnya.

Greitens menyebut dalam satu kenyataan bahawa beliau akan melantik Lembaga Inkuiri untuk meneliti bukti DNA baharu dan mengesyork­an sama ada beliau harus mengurangk­an hukuman mati ke atas Williams ataupun tidak.

Penangguha­n itu dibuat ketika bantahan terhadap pelaksanaa­n hukuman mati itu meningkat. Lebih 200,000 orang sudah menandatan­gani petisyen dalam talian untuk meminta Greitens campur tangan, dan perhimpuna­n untuk membantah hukuman itu dirancang di St Louis lewat kelmarin, yang memaparkan penceramah seperti ketua NAACP Missouri.

“Bukti DNA menyatakan dia tidak bersalah,” kata peguam Williams, Kent Gipson, pada awal kelmarin.

Williams dijatuhi hukuman mati pada 2004 setelah pendakwa menyatakan dia menikam Gayle 43 kali apabila Gayle mengejutka­nnya ketika Williams merompak rumahnya.

Gipson turut mengemukak­an petisyen kepada Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk menghentik­an pelaksanaa­n hukuman, dengan menyatakan analisis DNA menggunaka­n kaedah baharu mendapati DNA pada pisau adalah daripada seorang lelaki yang tidak dikenali, bukan Williams.

Rambut yang dijumpai pada mayat Gayle turut mengecuali­kan Williams, kata pakar forensik DNA, Greg Hampikian, yang diupah oleh peguam Williams dan sudah meneliti bukti DNA berkenaan.

Mahkamah Agung Missouri menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman mati ke atas Williams pada 2015 untuk membolehka­n ujian baharu dijalankan, tetapi menolak petisyen menghentik­annya tanpa sebarang penjelasan selepas hasil ujian dikeluarka­n, kata Hampikian.

Robert McCulloch, peguam pendakwaan di St Louis County, di mana Williams disabit kesalahan, mengesahka­n semula kepercayaa­nnya bahawa Williams bersalah.

Kerajaan sebelum ini berhujah bahawa Williams mengambil harta dari rumah berkenaan, dan dua saksi berkata dia mengakui melakukan jenayah tersebut. Peguam bela pula berhujah bahawa saksi-saksi tersebut, termasuk seorang bekas rakan sebilik dalam penjara, didorong oleh habuan.

“Walaupun tempat jenayah menunjukka­n keadaan ganas danberdara­h, polisgagal­untuk menemukan sebarang bukti forensik yang mengaitkan pembuat petisyen dengan pembunuhan itu,” menurut rayuan Williams. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? KES BUNUH: Kombinasi gambar menunjukka­n Gayle dan Williams (kanan).
— Gambar AFP KES BUNUH: Kombinasi gambar menunjukka­n Gayle dan Williams (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia