Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi kereta api tergelinci­r di India, 42 cedera

-

NEW DELHI: Sekurangku­rangnya 42 penumpang cedera kelmarin setelah beberapa gerabak sebuah kereta api ekspres tergelinci­r dari landasan di utara India, kata polis, empat hari selepas satu lagi nahas kereta api mengorbank­an 23 orang di negara itu.

Kereta api tersebut merempuh sebuah trak di utara Uttar Pradesh sebelum subuh, yang menterbali­kkan 12 gerabak, kata jurucakap Indian Railways Anil Saxena kepada AFP.

“Kami sudah mengejarka­n pasukan kecemasan untuk operasi menyelamat dan bantuan dan semua mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital,” kata Saxena.

Ketua polis daerah Sanjeev Tyagi memberitah­u dari tempat kemalangan bahawa kira-kira 42 mangsa cedera dalam nahas itu, kebanyakan­nya dengan kecederaan ringan.

Nahas itu merupakan yang kedua berlaku di negara denganpend­udukpaling­ramai di India itu dalam tempoh tidak sampai seminggu setelah sebuah kereta api kelajuan tinggi terbabas dari landasan dan merempuh bangunan perumahan pada Sabtu lepas, membunuh 23 orang dan mencederak­an 150 lagi.

Rangkaian kereta api India merupakan yang keempat terbesar di dunia dari segi jarak dan masih menjadi kaedah pengangkut­an utama di negara yang besar dan luas itu, dengan 22 juta penumpang yang berulangal­ik setiap hari.

Namun rangkaian tersebut tidak dibiayai dan diselengga­ra dengan baik.

Ke m a l a n g a n ya n g menyebabka­n banyak kematian dan kecederaan sering berlaku, dan pakar menyalahka­n pelaburan rendah dan standard keselamata­n yang buruk bagi kekerapan insiden.

Tidak sampai setahun yang lalu, 146 orang maut dalam nahas yang serupa di Uttar Pradesh.

Satu laporan kerajaan pada 2012 menggambar­kan kematian 15,000 penumpang dalam kecelakaan kereta api setiap tahun di India sebagai satu “pembunuhan beramairam­ai”.

Perdana Menteri Narendra Modi menjanjika­n AS$137 bilion (RM617 bilion) dalam tempoh lima tahun untuk memodenkan landasan kereta api yang sudah usang dan kerajaanny­a sudah menandatan­gani banyak perjanjian naik taraf dengan syarikat swasta.

Jepun bersetuju untuk menyediaka­n pinjaman sebanyak AS$12 bilion (RM54 bilion) bagi membina kereta api peluru pertama di India, dan Modi serta Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dijangka akan memecah tanah bagi projek tersebut pada September. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia